Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali pada Jumaat lalu sememangnya satu tragedi buat rakyat Malaysia apabila puluhan nyawa dilaporkan terkorban termasuklah kanak-kanak.
Sehingga kini, pihak bantuan keselamatan dari pelbagai sektor sedang bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh terbabit.
Namun begitu, dalam saat rakyat berduka cita, ada juga segelintir yang dikatakan ‘buta hati’ kerana mempersoalkan bantuan kerajaan terhadap keluarga mangsa yang maut dan cedera.
Seperti satu untaian Tweet daripada seorang gadis di Twitter ini, dia dilihat tidak berpuas hati terhadap jumlah bantuan kewangan yang diberikan kerajaan dengan alasan mangsa-mangsa bekerja di sektor kerajaan dan berpendapatan tinggi.
Imagine being this unthoughtful. Tenat penyakit hati kau ni. pic.twitter.com/t6AEN5B2Gm
— KNB (@nizambakeri) December 16, 2022
Ciap individu itu lagi, bantuan kewangan RM10,000 itu sepatutnya diberikan kepada golongan daif yang memerlukan.
Berikutan itu, ramai netizen tampil memberi kritikan terhadap tweet tersebut yang rata-ratanya mengecam kerana dianggap tidak sensitif.
Memang dahsyat penyakit hati dia. Dia tak tahu ke untuk keluarga yang meninggal tu kos pengebumian pun mahal sekarang.
Semoga penyakit sebegini dijauhkan dari kita dan semoga dia pun diberi kesembuhan. Mungkin dia tak faham, kat dunia ni, mati pun pakai kos yang tinggi.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa bantuan wang ihsan sebanyak RM10,000 untuk setiap mangsa meninggal dunia dan RM1,000 pula diberikan kepada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.