Aktres sensasi, Sharifah Sakinah sempat tular di media sosial sebelum ini kerana memuat naik foto dimana dirinya mengenakan pakaian yang seksi. Namun begitu, pelakon ini terlihat tidak terpukul dengan kritikan tersebut malahan, menafikan dakwaan dirinya sudah melupakan asal usul.
‘Kami masih Melayu’
Baru-baru ini Sharifah telah tampil memuat naik sebuah gambar di akaun Instagramnya yang memaparkan foto bersama anaknya dengan kapsyen yang meraih perhatian netizen.
Di kapsyen tersebut, kelihatan aktres ini masih mengakui dirinya sebagai orang Melayu dan tidak lupa dengan kelahirannya sebagai anak Melayu meskipun orang ramai mula mendakwa dirinya terikut-ikut dengan budaya barat.
View this post on Instagram
Komen netizen
Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, masih ada segelintir pihak yang mengecam aktres tersebut kerana seolah-olah telah lupa agama. Namun begitu, ada juga yang menyokong Sharifah disebabkan dirinya yang tidak berpura-pura menjadi ‘baik’ di media sosial.
Komen semua macam diri dah bagus.
Harap-harap tak lupa diri tu Islam.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.