Melalui perkongsiaan seorang individu di TikTok, dia kini hanya ‘berkebun di atas talian’ saja untuk kebun sayur yang diusahakan, dimana lelaki tersebut boleh mengawal kebunnya dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Boleh berkebun atas talian?
Bahkan berkata jika dirinya berada di luar negara pun tidak menjadi satu masalah kerana masih boleh ‘berkebun’ melalui telefon pintarnya.
Dalam video tersebut, lelaki bernama Irfan itu menunjukkan caranya mengawal air paip melalui satu aplikasi di dalam telefon pintar asalkan mempunyai sambungan internet di tempat terbabit.
Aplikasi netafim memudahkan pekebun
Kongsi Irfan lagi, dia menunjukkan satu aplikasi yang digunakan iaitu netafim yang mana terdapat satu paip halus telah disambung di beberapa buah pokok di kebunnya dan dapat dilihat ada satu alat yang dibenamkan dalam tanah pokok tersebut.
Katanya, netafim ini adalah aplikasi untuk seratakan tekanan air sebelum air yang terkumpul dapat disiram pada pokok-pokok berkenaan.
Benda ni bagus sebab nak pastikan air sekata keluar. Takdelah situ air masuk, situ je dapat air banyak.. yang hujung (jauh dari paip) tak dapat air.
Dalam pada itu, netafim turut dapat mengetahui jumlah air yang digunakan dalam masa seminit untuk menyiram pokok-pokok.
You perlu tenaga kerja sikit, bakinya semua automatik termasuklah bacaan baja, pH, EC dan lain-lain. Jadi senanglah sebab aku boleh kawal kerja aku.