Temui Zul Ariffin Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM 1,466 Di Pelancaran Kedai “Flagship” OPPO Di The Gardens

Hiburan

Temui Zul Ariffin Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM 1,466 Di Pelancaran Kedai “Flagship” OPPO Di The Gardens

Anda peminat pelakon sado Zul Ariffin? Teringin nak berjumpa dan melihat kekacakan Zul Ariffin secara face to face? Ha, peluang yang anda nanti-nantikan selama ini akhirnya telah tiba. Zul Ariffin bakal tampil di majlis pelancaran kedai “flagship” pertama OPPO di The Gardens pada 30 November ini. Inilah masanya untuk anda bertemu dengan Zul Ariffin sambil melihat telefon-telefon canggih keluaran OPPO.

zul ariffin di majlis pelancaran flagship oppo di the gardens

Advertisement

Buat para peminat Zul Ariffin, inilah peluang untuk anda beramah mesra dengan pelakon ini secara up, close and personal. Berikut adalah informasi lengkap tentang majlis pelancaran kedai “flagship” OPPO ini.

Tarikh: 30 November 2019 (Sabtu)
Masa: 3 petang
Lokasi: The Gardens Mall, Kuala Lumpur

zul ariffin di majlis pelancaran flagship oppo di the gardens

Lebih menarik, model terkini OPPO Reno 10x Zoom 12GB Special Edition juga akan dipertontonkan buat pertama kali di majlis ini. Anda bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1,466 sekiranya anda melakukan pre-order telefon tersebut ketika majlis itu berlangsung.

zul ariffin di majlis pelancaran flagship oppo di the gardens

Antara hadiah-hadiah yang boleh menjadi milik anda ketika majlis pelancaran kedai “flagship” OPPO ini ialah FUJIFILM Instax Mini Link Smartphone Printer bernilai RM548, OPPO Enco Q1 – Bluetooth Noise Canceling Headphone berharga RM599 dan juga VOOC Charging Pro berharga RM299. Best kan?

Selain itu, OPPO Reno 10x edisi khas Barcelona juga akan dijual pada harga diskaun iaitu hanya RM3199 sahaja. Siap dapat hadiah PERCUMA iaitu beg Barcelona bernilai RM299, Enco Q1 Headphone berharga RM599 dan VOOC powerbank bernilai RM269. Memang berbaloi-baloi!!!

zul ariffin di majlis pelancaran flagship oppo di the gardens

Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk para pelanggan OPPO seperti:-

  1. Pembersihan percuma dan servis maintenance tanpa caj pekerja. Sekiranya telefon anda perlui dibaiki, jangan risau sebab ada diskaun bakal diberikan.
  2. 100 pengunjung terawal yang hadir ke majlis tersebut dan memuatnaik gambar dengan Zul Ariffin di majlis pelancaran flagship OPPO di The Gardens dengan hashtag #OPPO_TheGardens bakal memenangi hadiah misteri. Siapa cepat dia dapat. Tertakluk kepada terma dan syarat.

zul ariffin di majlis pelancaran flagship oppo di the gardens

Last but not least, anda pasti akan teruja dengan spesifikasi OPPO Reno 10x Zoom 12GB Special Edition berwarna biru yang telah dinaiktaraf untuk mencapai kesempurnaan. Memang ia adalah sebuah smartphone yang perfect!!!

SpecificationsOPPO Reno10x Zoom 12GB Special Edition
Screen6.6-inch 2340*1080, OLED, 19.5:9, Panoramic Screen, Gorilla Glass 6
ColorOcean Blue
Rear Camera48MP(IMX 586) +13MP (telephoto)+8MP (wide angle), 10x Hybrid Zoom, Dual OIS, Artistic portrait mode, Ultra Night Mode 2.0, Color mapping, 4K Video
Front camera16MP,f/2.0 portrait mode 2.0, soft light
Core HardwareSnapdragon 855
RAM:12GB
ROM:256GB
ChargeVOOC 3.0

Jadi tunggu apa lagi? Jom lihat sendiri kekacakan Zul Ariffin ketika majlis pelancaran kedai “flagship” OPPO di The Gardens. Maklumat lanjut layari https://www.oppo.com.my/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...