February 25th, 2011

paknil

Setiap hari kita membaca berita-berita tentang penganiayaan dan penderaan terhadap wanita. Rogol sana, rogol sini. Dera sana dera sini. Hentak sana hentak sini. Kesian wanita-wanita yang sepatutnya disayangi tetapi dicederakan oleh mereka-mereka yang tak berguna. Apa nak jadi dengan dunia sekarang?

Bersempena dengan kempen anti keganasan terhadap wanita, Paknil dan geng-geng Hero Malaya bakal berada di Pavilion esok untuk menyokong kempen ini. Khabarnya Paknil dan kawan-kawan akan buat flashmob dan mengedarkan flyers untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang isu ini.

Kalau anda berminat untuk turut serta, jangan segan-segan untuk pergi ke Pavilion esok. Boleh follow twitter Paknil untuk info lanjut


Comments are closed.

Loading...