May 8th, 2020

Berkongsi berkenaan status dirinya yang kini difahamkan sudah menemui cinta baru, Zara Zya kecewa apabila wujud segelintir peminatnya yang mahu aktres itu bercinta dengan orang lain.

zara zya

Menurut Zara, beliau mahu tidak mahu peminatnya mengatur perjalanan hidup malah menyeru untuk menyayangi dan menyokong karier seninya.

Tambah Zara, perkara seperti itu bagai memberi tekanan kepadanya kerana beliau juga merupakan manusia biasa.

zara zya

Dalam pada itu, ada juga peminatnya yang kecewa selepas mengetahui yang hatinya kini telah dimilik seseorang.

“Sayang saya tanpa perlu mengaturkan hidup saya macam mana. Jangan la sampai pasangan pun korang nak tentukan. Sedikit sebanyak beri tekanan kepada saya. Bukan tertekan sampai tak boleh buat apa.

Tapi ia ada juga menggangu saya. Selebriti juga manusia biasa,” kata Zara kepada mStar.

Sebelum ini Zara ada memuat naik kapsyen romantik di Instagramnya sekaligus mengakui yang dirinya kini sedang bahagia bersama insan tersayang.

Namun pelakon drama Tuan Anas Mikael itu sekali lagi menyatakan bahawa terlalu awal untuk mendedahkan identiti kekasihnya itu kerana kedua-dua mereka masih lagi dalam proses berkenalan.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Zara pernah mengikat tali pertunangannya bersama pelakon Hafreez Adam namun hubungan itu kecundang selepas hanya tiga bulan bertahan.

Sumber: mStar


5 responses to “Temui Cinta Baru, Zara Zya Gesa Peminat Usah Atur Kehidupan Peribadi”

  1. Anonymous says:

    ko pasal… ni mesti geng meroyan shipping tenggelam

  2. Anonymous says:

    Why are you so frustrated with her .shut up!

  3. Anonymous says:

    ?lawak btl kepanassn ko dgn Zya ni beb?

  4. Puteri Quarantine says:

    Merayu supaya Netizen tak atur hidup, dulu sblm lakonan Boom balik lps kemuculan dgn azlee khairi Mengadu kat wartawan kurang job Terpaksa berniaga lipmatte Then jual shawl x laku, Merayu kt Netizen time tu suruh beli lipmatte ko, skrg dh laku balik Lupa dataran, aku pun x minat ko Tp rasa ptt diam2 jela xyah sound2 peminat, Mira Filzah tu org kenen2 dgn Remy ishak lps tu dgn Ben Amir Tak koyak pun dia, senyum je layan kan peminat, dh xde peminat ko pun x kuar TV so diam2 jela, beria nk bgtau dh ada BF baru dh knp nk show off kt Ex Tunang ke?? ko ni mmg over kan, masa Tunang bukak2 veil bagai mcm Nikah, always over, ko makin tua Zara jgn sampai esk2 pegang watak Mak2 mcm Catriona Ross tu

  5. KEEP IT UP AND DON’T BEING A BITCH WOMAN

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...