Lautan api sanggup ku renangi, itulah yang sesuai digambarkan bagi seorang wanita di Jepun yang sanggup menempuh perjalanan dua jam hanya untuk makan tengah hari bersama teman lelakinya.
Menerusi laporan Mothership, wanita berkenaan mempunyai angan-angan untuk merasai percintaan bersama rakan sekerja seperti di dalam drama tv. Dia memakai pakaian formal sama seperti orang bekerja walhal dia merupakan seorang penganggur.
“Saya menganggur tapi saya ingin mencuba untuk merasai momen bercinta bersama rakan sekerja, jadi saya memakai pakaian formal seperti orang bekerja dan mengambil masa dua jam perjalanan untuk berjumpa dengan teman lelaki”
Bukan itu sahaja, dia juga turut menyiapkan bekal makanan yang dimasaknya sendiri dan menyiapkannya di dalam bekas bento yang comel untuk mereka menikmati bersama. ‘Kisah cinta’ itu sama seperti dengan apa yang ada dalam drama.
Wanita itu lengkap memakai baju formal disertai dengan blazer dan skirt seperti orang bekerja. Bukan itu sahaja, dia juga menyediakan pas pejabat palsu sendiri untuk memperlihat momen itu real.
‘Kisah cinta’ wanita itu semua kelihatan benar seperti di dalam drama yang dia impikan.