Sejuk sahaja mata kami apabila melihat aktres Zarina Zainuddin memuat naik foto bertudung sewaktu bulan puasa yang lepas, baru sahaja mendapat pujian daripada peminat, tiba-tiba Zarina mengatakan tempoh percubaan beliau bertudung sudah pun tamat. Aik..baru sahaja nak merasa syukur beliau akhirnya cuba untuk berubah.
Menerusi akaun Instagram beliau baru-baru ini, Zarina memberitahu beliau hanya akan memakai tudung jika beliau rasa hendak pakai dan berharap tiada orang yang memasuk campur ataupun mengkritik keputusannya itu. Iyalah, katanya beliau tak pinjam kepala sesiapa pun dan kubur kan masing-masing. (Amboi, indahnya bahasa awak tu).
Terpulang pada Zarina Zainuddin untuk buat keputusan tersebut, buat apa kita nak kisah dan menasihati beliau lagi kalau tuan empunya badan pun dah keluarkan kenyataan sebegitu? Semoga satu hari nanti pintu hati beliau terbuka untuk berubah. Cuma, tak perlu kot nak sindir-sindir dan keluarkan ayat yang agak kasar bunyinya tu.