Tempoh ‘Lockdown’ Dipanjangkan Lagi Di India, 260 Juta Rakyat Dijangka Alami Masalah Kesihatan Mental

COVID-19

Tempoh ‘Lockdown’ Dipanjangkan Lagi Di India, 260 Juta Rakyat Dijangka Alami Masalah Kesihatan Mental

Hari ini merupakan hari pertama bagi fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan di Malaysia. Selain Malaysia, beberapa negara lain juga turut menjalankan perintah ‘lockdown’ termasuklah negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk iaitu India. Perdana Menteri India, Narendra Modi juga telah mengumumkan lanjutan tempoh ‘lockdown’ sehingga 3 Mei ini.

Lanjutan tempoh ‘lockdown’ yang diumumkan di India ini dijangkakan bakal memberikan kesan yang lebih buruk kepada penduduk di India. Kajian terbaru Persatuan Psikiatri India mendedahkan seorang daripada lima rakyat India atau lebih 260 juta daripada 1.3 bilion penduduk negara itu mengalami masalah kesihatan mental akibat perintah berkurung yang sedang dilaksanakan.

Advertisement

lockdown india

Ribuan penduduk India kehilangan mata pencarian mereka dan lebih memburukkan keadaan, ada yang terpaksa keluar daripada rumah kerana tiada wang untuk membayar sewa rumah. Dengan lanjutan tempoh ‘lockdown’ yang diumumkan ini, majoriti penduduk India bimbang akan kehilangan nyawa, pekerjaan dan kejatuhan perniagaan.

Penularan wabak COVID-19 ini dijangka akan memberi kesan besar dan berpanjangan ke atas kesihatan mental penduduk dunia. Selain India, negara lain yang kini tertekan hebat dengan penangan wabak ini juga tidak akan terlepas daripada masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

india lockdownDi Amerika Syarikat (AS), jurnal perubatan Lancet baru-baru ini memberi amaran wabak ini akan meninggalkan kesan psikologi terhadap rakyat AS, sama seperti Tragedi 11 September 2001 serta Taufan Katrina pada tahun 2005 dan Taufan Harvey pada 2017.

Malah di Malaysia sendiri, hal berkaitan sokongan emosi, psikologi dan kaunseling antara yang menjadi keutamaan di dalam tempoh PKP ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ini antara isu utama yang dikemukakan orang awam melalui talian kaunseling Kementerian Kesihatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebelum ini, sewaktu perintah ‘lockdown’ diumumkan di India, ramai masyarakat berpendapatan rendah terjejas dengan pengumuman dalam waktu yang singkat itu. Ribuan masyarakat India berpusu-pusu pulang ke kampung halaman selepas kehilangan pekerjaan di bandar. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Keputusan Terburu-Buru Perdana Menteri Umumkan ‘Lockdown’ Cetuskan Panik Dalam Masyarakat Miskin Di India 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...