Tempoh Kuarantin Bukan Mengeratkan Hubungan Malah Menjadi Punca Penceraian

Kehidupan

Tempoh Kuarantin Bukan Mengeratkan Hubungan Malah Menjadi Punca Penceraian

Pasangan yang mendirikan rumah tangga tidak kisah yang lama atau baru pastinya memanfaatkan tempoh kuarantin berada di dalam rumah bersama pasangan. Mereka akan meluangkan lebih masa kini kerana sebelum ini masing-masing mempunyai komitmen kerja yang menuntut perhatian lebih.

Percaya atau tidak, di China pasangan suami isteri yang tinggal lebih lama dalam satu rumah ketika wabak COVID-19 menyerang, menjadi semakin kurang mesra. Malah ada yang sehingga meruntuhkan perkahwinan yang telah lama dibina. Kadar penceraian bertambah secara mendadak dan menjadikan penguatkuasaan perintah kuarantin sebagai alasan penceraian.

Advertisement

Mungkin sepanjang hari bersama dari pagi hingga ke malam dan esoknya masih membuat rutin yang membosankan, mereka ini berasa jemu dengan pasangan masing-masing. Pasangan yang ingin bercerai menuduh COVID-19 antara punca keretakan rumah tangga mereka. Agak lucu juga alasan ini.

Di Dazhour, Wilayah Sichuan menerima 300 permohonan cerai di pejabat pendaftaran sepanjang tempoh tiga minggu bermula 13 Mac lepas.

Di Xian pula, pejabat pendaftaran di situ menerima hampir 14 permohonan dalam sehari. Permohonan cerai ini juga telah melepasi had tertinggi permohonan yang dibenarkan. Sehingga petugas di pejabat pendaftaran menetapkan untuk tidak menerima sebarang permohonan cerai melebihi 10 permohonan dalam sehari.

Orang ramai sanggup beratur di pejabat pendaftaran untuk menyerahkan dokumen permohonan cerai.

pejabat pendaftaran China

Menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan orang ramai, mengapa mereka memilih untuk bercerai ketika wabak COVID-19 sedang memuncak di negara itu. Pegawai pendaftaran di China mendakwa kesemua pasangan yang ingin bercerai dengan alasan jemu tinggal bersama di dalam satu rumah lebih-lebih lagi setelah penguatkuasa mengeluarkan arahan kuarantin.

Perkara ini bukan mengeratkan lagi hubungan, malah menimbulkan perasaan bosan antara diri pasangan.  

Angka permohonan cerai yang diterima di setiap pejabat pendaftaran meningkat secara drastik berbanding sebelum COVID-19 merebak. Angka ini juga mencatatkan pendaftaran tertinggi di setiap pejabat pendaftaran di China.

Penceraian yang berlaku juga berkemungkinan disebabkan oleh suasana tegang yang terjadi antara suami isteri meskipun berkenaan hal-hal yang remeh. Mereka cenderung untuk lebih bertengkar hingga kurang rasa mesra antara satu sama lain dan mengambil jalan untuk memutuskan ikatan perkahwinan.

Satu lagi faktor yang menyebabkan peningkatan permohonan cerai ialah permohonan tersebut mungkin sudah ingin dilakukan awal tetapi terhalang kerana semua pejabat pendaftaran tutup untuk hampir sebulan kerana wabak COVID-19 semakin tidak terkawal.

Penjabat pendaftaran di Xian dan Shaanxi yang popular dengan destinasi pelancongan juga menerima permohonan cerai yang tinggi sejak pejabat di situ mula dibuka semula pada 1 Mac lepas.

tandatangan dokumen

Kajian yang dilakukan pada 2018 menunjukkan pasangan yang berkahwin untuk lima tahun dan lebih mencatatkan kadar penceraian yang tinggi.

Walau apa pun, mereka mempunyai alasan yang tersendiri tentang mengapa memilih untuk menamatkan kehidupan perkahwinan dan kebetulan penceraian tersebut dilakukan ketika wabak COVID-19 sedang melanda.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...