Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tempoh Bagi Jaminan Zamani Slam Dilanjutkan


Sekitar minggu lepas, berita penahanan Zamani Slam kerana dadah menjadi viral apatah lagi selepas seorang individu memuat naik video penyanyi tersebut sedang menyanyi sambil tangannya digari.

Walaupun ramai yang mengkritik perbuatan tersebut, Zamani Slam tidak mahu mengambil sebarang tindakan serta memaafkan anggota polis selepas beliau dibebaskan dengan jaminan tempoh hari.

Advertisement

Terbaru, tempoh jaminan polis terhadap Zamani Slam telah dilanjutkan sehingga hari Jumaat ini dan segala kertas kerja dan dokumentasi siasatan telah diserahkan kepada  pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi mempertimbangkan jika kes ini hendak diteruskan ataupun tidak.

Menurut peguam yang mewakili Zamani Slam iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar peluang dalam pelanjutan jaminan tersebut dapat dimanfaatkan olehnya untuk menjalani kehidupan normal sebelum prosiding di mahkamah bermula.

Zamani  Slam yang popular dengan gerimis mengundang telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah kira-kira jam 12.30 tengah malam, Rabu lepas.

Pada pendapat kami, setiap orang akan melakukan kesilapan dalam dunia dan akan sampai satu tahap dimana kesedaran itu akan timbul untuk kita berubah ke arah lebih baik. Apa-apa pun mari kita tetap menyokong agar Zamani Slam terus meninggalkan kancah dadah dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top