Tempat Tidur Sangat Daif, Bapa Rayu KPM Ambil Tindakan Segera! Tak Gamak Biar Anak Tidur Atas Tilam Lunyai

Kehidupan

Tempat Tidur Sangat Daif, Bapa Rayu KPM Ambil Tindakan Segera! Tak Gamak Biar Anak Tidur Atas Tilam Lunyai

Seorang bapa meluahkan rasa kesal apabila melihat asrama sekolah yang bakal dihuni dua orang anak lelakinya berada dalam keadaan yang sangat daif dan menyedihkan.

Bukan sahaja kain yang membaluti tilam koyak, malah tilam itu sendiri sudah tidak dapat digunakan jika dilihat pada mata kasar selain bantal yang busuk dan sudahpun bertukar warna.

Advertisement

Foto-foto keadaan bilik dan alatan tempat tidur pelajar yang dimuat naik si bapa di media sosial itu kemudiannya menjadi tular dan pertikaian ramai pihak terutamanya netizen yang bergelar ibu bapa.

Tentulah saya terkejut dan marah. Takkan nak biarkan pelajar tidur dalam keadaan macam itu? Itu tak kira lagi kipas yang rosak, cermin pecah dan sebagainya.

Apabila tengok keadaan macam tu, memang saya dan isteri hantar tilam baharu. Tak sanggup tengok anak tidur dalam keadaan macam tu.

Disebabkan bajet kewangan yang ketat, si bapa memaklumkan bahawa dia akan menghantar almari, tilam dan katil buat si anak yang bakal menetap di asrama itu.

Tilam sekolahSumber : Facebook  
Sumber : Facebook  

Namun begitu, si bapa meminta agar orang ramai tidak menyalahkan pihak sekolah kerana ia bergantung kepada dana yang diberikan kerajaan untuk membeli perkakasan dan peralatan sekolah.

Cuma apabila tak ada dana, mereka (pihak sekolah) tak boleh buat apa-apa. Tujuan saya buat perkongsian ini supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buka mata dan cepat hulurkan bantuan.

Katanya lagi, pendedahan itu bukanlah untuk menuding jari namun ingin memberi peringatan kepada Yang Berhormat yang mewakili sesuatu daerah untuk ‘berpijak di bumi yang nyata’.

“Tergamakkah YB melihat anak-anak ini berkongsi tiga katil ini berlima dan kadang kala ada yang terpaksa tidur di lantai? Bangunlah KPM. Anak-anak ini bukan binatang.” ujarnya dalam nada kesal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelajar tahfiz
9 months ago

"Dia Tiada Telefon Untuk Dihubungi" - Akhirnya Bapa Datang Jumpa Anak Di Tahfiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...