“Tempat Sembahyang Mesti Mau Bersih, Mesti Mau Kemas, Mana Boleh Kotor.”

Trending

“Tempat Sembahyang Mesti Mau Bersih, Mesti Mau Kemas, Mana Boleh Kotor.”

Selalunya bila balik dari KL, sampai tol Tanjong Malim aku akan berhenti solat di surau Exit Tanjung Malim ini.

bakkiamKebanyakan kalinya aku sampai lewat tengah malam, dan ada beberapa kali juga aku terserempak dengan auntie India ni tengah cuci atau kemas surau masa aku nak masuk solat.


Tadi sekali lagi aku terserempak dengan auntie tengah sapu luar surau dan kemudian dia ke dalam pula tolak air lantai yang bertakung tu keluar.

Advertisement

Tak macam selalu di tengah malam, bila mana aku pun touch n go nak solat dan fikir balik cepat sebab badan penat, tak ada lah aku nak bersembang sembang dengan auntie Bakkiam ni. Just senyum dan berbalas angkat tangan.

Tapi kali ni aku tak ada benda nak rushing, aku tunggu dia selesai kerja saja aku nak tegur bersembang.

Dia nampak aku, dia senyum aku pun senyum.

Auntie Bakkiam, tadi saya ada ambil gambar auntie, tak apa ya”

Ya, namanya Bakkiam, berumur 60 tahun.

13754438_10208901724914078_8416929484306786447_n13680884_10208901724994080_5910105251650803135_nAuntie Bakkiam senyum lagi, sambil hangguk hangguk. Memang dia tak sedar masa aku snap gambar dia tengah menyapu, dan aku memang niat akan beritahu.

Dia sandar penyapu lidi ke dinding, kemudian lipat pula sejadah yang terbentang di ruang solat (jenis lepas solat biar tinggal sejadah terbentang kat ruang solat ni memang ramai yang selalu buat) dan sangkutkan di tempat sejadah.

Auntie satu hari berapa kali cuci ini surau?”

Tanya aku lepas dia setel susun semua sejadah.

“Tak tentu. Kalau ada hujan lebat macam tadi, mesti selalu mau cuci sebab air hujan sudah masuk. Lain lain ini sejadah semua mesti mau lipat kasi susun.
Lantai ini kotor itu selipar kasut masuk pun mesti kasi cuci.

Itu malam kalu binatang kecik terbang banyak mati jatuh atas lantai, mesti mau cuci juga”

Jawab auntie Bakkiam.

Aku tengok tengok ke dalam surau. Memang selalunya kemas, dan tak ada bau berkepam macam surau surau shopping mall.

Aku cakap lagi ke auntie Bakkiam;

“Wahh, banyak kali cuci kemas ya!”

Auntie Bakkiam tengok aku dengan mata sedikit besar;

“Aiyooo, mesti la adik. Ini surau orang mau sembahyang. Tempat sembahyang mesti mau bersih, mesti mau kemas, mana boleh kotor”

– agak tinggi suara auntie Bakkiam bagi penjelasan kat aku.

Aku senyum. Aduhaiiii tersentuh betul hati aku.

Betapa tak ada prejudisnya auntie Bakkiam dalam menjalankan tugas dia. Pada umur 60 tahun, dia jalankan amanah kerja dengan baik. Bukan setakat tu, dia juga faham pentingnya rumah ibadah yang mesti perlu selalu bersih.

Aku syak auntie Bakkiam ni tak ada pelajaran tinggi. Tapi macam mana orang tak ada pelajaran tinggi boleh ada sensitiviti tinggi dalam menjaga kepentingan penganut agama lain?

Menjaga surau ni contohnya. Cara dia jawab tadi pun macam terkejut seolah olah aku ni bodoh ke pergi tanya kenapa kena cuci kemas surau banyak kali? Aduhh.

Kita yang pandai belajar tinggi sangat ni pula asyik bercakap pasal entitlement dan selalu pula melihat latar agama bangsa sebagai parameter dalam membuat penilaian ke atas orang lain.

Benda ni nampak simple, tapi dalam maknanya kalau kita relate pada situasi masyarakat kita hari ni.

Hal macam auntie Bakkiam ni menyedarkan kita, bahawa masih ada insan insan mulia dari pelbagai latar bangsa dan agama yang kita selama ni tak peduli pun akan kewujudan dan kerja kerja mereka memelihara dan menjaga kepentingan kita.

Mungkin ini mesej toleransi beragama yang boleh kita ambil pelajaran dalam mendidik hati nurani kita untuk sentiasa menghormati dan bertolak ansur dalam mengurus kepelbagaian fahaman/kepercayaan dikalangan masyarakat.

Auntie, saya nak masukkan gambar tadi dalam Facebook tau”

– aku ketawa kecil.

Auntie Bakkiam macam tadi juga, dia cuma senyum.

Siap kerja dia, aku masuk surau ambil wuduk dan solat Asar.

Aku doakan auntie Bakkiam panjang umur dan sihat tubuh badan supaya dia boleh terus berkhidmat menjaga kebersihan dan kekemasan surau ni.

Sumber: Fdaus Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...