Baru-baru ini, keluhan salah seorang peniaga di Floating Market, Melaka yang kecewa apabila ramai peniaga lain tidak membuka kedai, mendapat perhatian ramai di TikTok.
Menerusi rakaman itu, lokasi tersebut dilihat suram dan tiada pengunjung malah peniaga juga hanya ada beberapa orang sahaja.
Wanita bernama Karina yang berkongsi suasana di lokasi tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap peniaga-peniaga yang lain serta cara pihak pengurusan mengendalikan situasi berkenaan.
Mana peniaga lain? Kalau macam ni keadaannya, mana la orang nak datang. Tak ada kedai yang buka, hanya saya dan beberapa kedai lain saya yang buka.
Tambah Karina, dia sudah menyuarakan hal itu menerusi mesej di dalam group dan meminta peniaga lain agar memberi kerjasama untuk membuka kedai tetapi sebaliknya dia dimarahi semula. Dia juga berkata tempat itu tidak akan bertahan lama sekiranya tiada perubahan dalam sistem pengurusan.
Kalau macam inilah sistem pengurusan, pelancong pun taknak datang dah lepas ni. Memang tak lamalah tempat ni.
@karinaknag floating market boat 👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻kesian peniaga yg hari2 buka macam saya. dh bersuara dalam group minta peniaga bagi kerjasama buka tapi kene marah. taknak niaga xyhlah ambik harga pakej yg murah. management kene buat sesuatu kalau x tempat ni xkan bertahan lama. #peniagayangdisakiti #floatingmarket #melaka #melakafoodie #fyp #fypage #fypシ゚ #makananviral #rasacrofflemelaka #croffle #melakahawau ♬ Scott Street (Slowed Down) – Phoebe Bridgers
Perkongsian Karina mendapat pelbagai respon netizen dan ramai yang memberi komen tentang apa yang disuarakan olehnya.
Selain pihak pengurusan yang tidak mengambil tindakan sewajarnya, ramai yang berkata salah satu faktor kurang pengunjung adalah kerana sungai tersebut berbau busuk.
Air sungai tu busuk, biawak pun ada dalam sungai tu, macam mana la orang nak ada selera makan situ.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.