Dah minggu kedua ni, anda dah cuba mana-mana bufet Ramadan? Boleh dikatakan harga bufet Ramadan terutamanya di hotel agak mahal dan ada yang hampir mencecah RM200 seorang.
Apabila mencari tempat berbuka puasa sudah tentu ada beberapa kriteria yang kita akan utamakan seperti ruang solat, kemudahan untuk kanak-kanak seperti baby chair dan parkir.
Mari kami cadangkan kepada anda tiga tempat bufet Ramadan yang mengikuti kriteria seperti disebut di atas dan lagi best, harganya tidak terlalu kayangan.
Ada surau, tandas pun berdekatan, ruang yang luas, parkir yang banyak malah ada yang turut sediakan kids area!
1. Maha Buffet, MAEPS
Bufet Ramadan terbesar di Malaysia, dekat sini memang recommended untuk golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Maha Buffet membawa konsep gerai gerai kecil dengan pelbagai jenis juadah termasuklah makanan Korea, minuman dan aktiviti lain juga turut disediakan di sini.
Bukan hanya berbuka puasa, di sini juga ada game area dan Maha Buffet turut menyediakan servis memotong rambut secara percuma (sesuai untuk lelaki, tempat terbuka).
Extra point, surau disediakan di dalam kawasan yang sama jadi tidak perlulah pengunjung keluar dari situ untuk menunaikan solat.
Sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil sebab di sini disediakan kids area di mana kanak-kanak boleh enjoy bermain taman permaian serta giant bouncing castle!
View this post on Instagram
Harga: RM 89.90 (dewasa), RM49.90 (kanak-kanak, OKU, warga emas), percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun
Lokasi: Dewan A, MAEPS, Serdang
2. Lugar De La Boda, Puchong
Disediakan oleh Hanana Station, tahun ini bufet Ramadan mereka diadakan di Dewan Serbaguna PU 7, MBSJ yang terletak di Taman Puchong Utama.
Seperti tempat yang lain, di sini juga mempunyai pelbagai jenis makanan termasuklah makanan terkenal berasal dari Jepun, Teppanyaki dan sudah tentu, menu paling menarik di mana-mana bufet, kambing pun ada (unlimited tau!).
Tak perlu risau atau tercari-cari tempat untuk solat, mereka ada sediakan ruang sembahyang yang selesa untuk semua pengunjung.
@hananastationJOM KAMI Share kan Buffet Ramadhan Paling Berbaloi untuk tahun 2024 ini. Lebih Dari 100 Jenis makanan dan ada 12 stall live cooking yang kami sediakan. Kami nak bagi harga runtih ni Dewasa hanya rm70++ Memang puas hati Boleh contac 0163111074 Kak zu atau click link di bio kami. Kami Buka de 15 Mac – 7 April 2024♬ original sound – Kak Lin Hanana Station
Harga: RM95 (dewasa), RM 59 (warga emas dan kanak-kanak 6-11 tahun)
Lokasi: Dewan Serbaguna PU 7, MBSJ, Jalan Puchong Utama 7, 47100 Puchong, Selangor
3. Kampung Lah
Menu salai merupakan specialty restoran ini yang sudah mempunyai banyak cawangan tetapi mari kami cadangkan kepada anda untuk cuba bufet Ramadan mereka di Seri Kembangan.
Katanya, ini tahun pertama Kampung Lah membuat bufet Ramadan dan antara menu yang disediakan adalah makanan tradisional Melayu berasal dari Negeri Sembilan termasuklah kambing salai.
Pelbagai menu masak lemak disediakan, kuih muih dan keseluruhannya, terdapat 80-100 jenis juadah yang boleh pengunjung nikmati.
@kampunglahsalai 🌙✨Selami keindahan bulan Ramadhan bertemakan kampung bersama Restoran Kampunglah @G2G Garden Hall, MAEPS, Serdang ! ✨🌙 📸 Kepelbagaian juadah masakan kampung yang menarik dan mengiurkan disajikan sepanjang buffet Iftar Citarasa Kampunglah dengan suasana kampung.🍽️ Nikmati pengalaman makan yang kaya dengan citarasa autentik melayu dan Negeri Sembilan yang memikat selera anda. 🌟 Menu Istimewa Iftar Citarasa Kampunglah: 🔥 Resipi Tradisional Kambing Salai Golek (unlimited) 🔥 Ikan Bakar Segar 🍲 Pelbagai Salaian Masak Lomak Cili Api Noghori berserta lauk-pauk tradisional autentik melayu 🍜 Sup Kepala Kambing dan Aneka Sup (Daging/Paru/Perut/Campur) 🥒 Ulam-ulaman 🍮🍰🍧🍩 Aneka Kuih-muih tradisional & pemanis mulut Nenek Kiah …dan ditemani pelbagai hidangan kampung yang menawarkan pengalaman Ramadhan yang unik. 📆 Tarikh: 15 Mac 2024 – 5 April 2024 🕙 Masa: 6.30PM – 9.30PM 📍 Tempat: G2G Garden Hall @MAEPS, Jalan Maeps 4/3, 43400 Seri Kembangan, Selangor. 🌙✨Pembelian Terawal Harga Istimewa (TARIKH TERHAD): 📆 1 – 15 Mac 2024: Dewasa: RM98.00 nett Kanak-kanak: RM54.50 nett 🌙✨Harga Walk-in: 📆 16 Mac 2024 – 5 April 2024 Dewasa: RM109.00 nett Kanak-kanak: RM54.50 nett Untuk pembelian korporat atau secara pukal, sila hubungi wakil jualan kami untuk informasi lebih lanjut. Sebanyak lebih 80 hidangan yang ditawarkan termasuk stesen masakan secara langsung yang menampilkan Mee Sotong Hj Tamin yang terkenal, Murtabak Kg Melayu Johor dan banyak lagi. Bersuasanakan kampung dan ditemani persembahan muzikal dari “Alun Tradisi” Keluasan parking percuma yang boleh memuatkan 1000 kenderaan. Ruang solat yang luas.🕌 🎉 Tempah sekarang untuk nikmati iftar bersama kami pada bulan Ramadhan yang harmoni ini ! 🎉 Jangan lepaskan peluang mengukir memori indah ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda.✨ Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 📞 No.Telefon: +6012 7171723 ✅ Whatsapp: wa.me/+60127171723 ✅ Whatsapp (Korporat): wa.me/+60193358892 📧 Email: [email protected] #kongsiselera #kampunglah #kampungkehati #masaklomakciliapinogori #salai #thebestsalaiintown #makananautentikmelayu #authenticmalayfood #hidangankampung #masakankampung #makananaslimelayu #iftarcitarasakampunglah #ramadhan2024 #ramadhankareem #buffetramadhan #iftarbuffet #bukapuasabuffet #thebestbuffetramadhan #ramadhanbuffetselangor #ramadhanbuffetkl #ramadhanbuffet #g2ggardenhall #g2gmaepsserdang #selamatberpuasa #selamatberbukapuasa ♬ original sound – Kampunglah.my
Parkir dekat sini pun sangat luas, khabarnya lebih 1000 kereta boleh diparkir (nama pun MAEPS kan!) dan seramai 450 orang muat di dalam dewan itu untuk satu masa.
Harga: RM109 (dewasa), RM54.50 (kanak-kanak), percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun
Lokasi: G2G Garden Hall, Maeps, Serdang
Terliur tak? Memang seronok kan dapat berbuka puasa di bufet Ramadan apatah lagi zaman sekarang dah banyak tempat dengan harga mampu bayar, bolehlah pergi dengan seisi keluarga.
Walaupun ramai orang dekat tempat macam ini, jangan risau sebab tiga bufet Ramadan disenaraikan di atas mempunyai ruang yang selesa untuk pengunjung selain turut menyediakan kemudahan penting.
Berselisih dengan ramai pengunjung, jangan lupa pastikan korang kekal terlindung tau bulan Ramadan ini, mestilah dengan krim mandian aktibakteria Safi sebab ia boleh membasmi 99.9% kuman.
Dekat tempat seperti bufet dan bazar Ramadan memang ramai orang kita akan bersua sebab itu sangat penting untuk kita kekal terlindung. #SafiMalaysia #SAFIShower