Baru-baru ini, usahawan yang dikenali sebagai Nini Comel teruk dikecam netizen susulan berkongsikan video dirinya bercuti di Al Ula, Arab Saudi.
Kata netizen, ia merupakan tempat yang dilarang untuk bercuti tetapi masih ada yang degil untuk kunjunginya hingga berkata Nini sebagai umat Islam yang akan dilaknat kerana pergi ke situ.
Tampil buat penjelasan selepas dikecam
Sedar dengan kecaman yang diterima, usahawan tersebut tampil perjelaskan sewaktu ditemubual oleh pihak mStar dengan berkata tujuan dia kesana kerana pergi ke Yaman untuk memberi sumbangan tetapi sebelum ke sana, dia membuat umrah dahulu di Tanah Suci.
Rentetan daripada itu kita pergi Al Ula. Tempat dia tak dapat dinafikan memang cantik. Tak sangka orang tak tahu tempat kena laknat tempat lain. Al Ula tu tempat lain. Tempat yang makruh untuk pergi Hegra.
Kata Nini lagi, dia pergi ke sana pada September tahun lalu tetapi enggan muat naik di media sosial kerana ketika itu masih tengah ‘panas’ dengan isu pelakon, Zul Ariffin menjejakkan kaki ke Al Ula.
Tak tidur di Al Ula
Dalam pada itu, Nini berkata dia pergi ke Al Ula sekadar untuk ziarah sahaja dan tidak menginap di sana.
Kalau nak ziarah memang boleh. Dalam dua jam perjalanan untuk ziarah balik hari. Ustaz yang bawa perjalanan tersebut.
Tambahan usahawan itu lagi, bukan sekadar Al Ula, tempat lain turut dikunjunginya untuk pelajari lebih dalam tentang sejarah agama dan nafi memasuki kawasan terlarang.
View this post on Instagram