Tempahan Honda Civic Generasi Baharu Kini Dibuka, Harga Rasmi Bermula RM125,634

Automotif

Tempahan Honda Civic Generasi Baharu Kini Dibuka, Harga Rasmi Bermula RM125,634

Menurut laman Paultan.org, Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model kereta baharu mereka iaitu Honda Civic generasi ke-11 yang juga dikenali seabgai Honda Civic FE.

Telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada 13 Januari yang lalu, Honda Civic FE telah menerima 1,200 unit tempahan turut menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan.

Advertisement
Honda Civic 2022Sumber : Paultan.Org 

Model terbaru ini menawarkan tiga varian dengan model asas Civic 1.5L E (RM125,635), Civic 1.5 V (RM138,043) dan model varian spesifikasi tinggi Civic RS pada harga RM144,350.

Dilaporkan harga yang ditawarkan tersebut tidak termasuk kos insurans dan ianya juga telah ditolak rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerajaan yang sah penggunaannya sehingga 30 Jun 2022.

Manakala setiap pembelian akan disertakan lima tahun tempoh waranti, perbatuan tanpa had dan lima servis dengan kos buruh percuma hanya di pusat servis Honda Malaysia.

Honda Civic 2022Sumber : Paultan. Org 

Honda Civic FE ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan Honda Sensing terkini seperti sistem bantuan pemandu, bantuan brek kecemasan, kawalan pelayaran adaptif, bantuan lampu high beam, bantuan kekal lorong tengah, sensing pelanggaran bahagian hadapan dan pelbagai lagi.

Ianya juga hadir dengan standar enjin 1.5 liter turbo VTEC dengan transmisi CVT yang menghasilkan 179hp dan 249Nm tork.

 

Mampu memecut dengan kadar 0-100km/j dalam masa 8.5 saat bergantung pada jenis varian, penggunaan bahan api model ini ialah 6.0 liter bagi setiap 100km untuk varian E dan V dan 6.3 liter setiap 100km untuk varian ES.

Bagi pelanggan yang sudah membuat tempahan, penghantaran kereta akan bermula pada minggu hadapan dengan masa menunggu dijangka satu hingga dua bulan bergantung pada varian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau layari laman web www.honda.com.my.

Touch 'n Go
1 year lalu

Cara Mudah Periksa Baki 'Touch 'n Go' Jika Menggunakan IC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Paultan.Org

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. zamri

    January 18, 2022 at 9:00 pm

    wow, newer model more uglier than previous.

Loading...