Baru-baru ini, pempengaruh yang sering kongsikan resepi mudah di Instagram, Khairul Aming ada memuat naik satu video memaparkan resepi burger ‘prosperity’ ala-ala McDonald’s yang dibuat olehnya.
Dalam video tersebut, Khairul Aming telah menggunakan jenama Ramly sebagai daging oblong dalam resepi burger tersebut.
View this post on Instagram
Tidak terkecuali, bahan yang digunakan oleh pempengaruh tersebut iaitu daging oblong jenama Ramly dikatakan sudah ‘sold out’ di pasar raya.
Bahkan, difahamkan daging Ramly tersebut baru saja di ‘restock’ oleh staf pasar raya berkenaan tetapi disebabkan dapat sambutan hangat, ia habis dalam sekelip mata.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkara tersebut serta memberi saranan kepada Khairul Aming untuk membuka restoran sendiri kerana yakin pasti mendapat sambutan hangat.