Tembikai berbentuk hati ini diusahakan oleh Hiroichi Kimura. Idea untuk membuat tembikai ini adalah dari jiran beliau yang merasakan tembikai berbentuk hati sangat menarik dan unik.
Kimura mula melakukan kajian tentang proses untuk membentuk tembikai menjadi bentuk hati. Beliau mengkaji semua aspek tentang tanah yang sesuai, baja dan suhu. Malah beliau juga membuat sendiri bekas berbentuk hati. Beliau pernah gagal dalam beberapa cubaan yang dilakukan tapi beliau tetap mencuba untuk mendapatkan tembikai berbentuk hati tanpa menjejaskan kualiti tembikai yang dihasilkan.
Sumber RocketNews