Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai yang juga pengurus besar Astro Shaw memberitahu mStar hari ini bahawa dia terkejut apabila dikatakan menyindir pelakon Ayda Jebat yang berlakon bersama Zul dalam drama Rindu Awak 200% dalam satu status media sosial.
Malah dia tidak tahu menahu mengenai status yang diperkatakan kerana tidak memberi perhatian pada akaun media sosial miliknya atau orang lain.
Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.
Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda.
Gayatri berkata perasaan cemburu dalam sebuah perhubungan ialah sesuatu yang normal, namun dia seorang penerbit filem dan profesional. Dia faham Zul dan Ayda perlu mempromosikan drama berkenaan.
Jika saya tidak cemburu pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain.
Menafikan hubungan mereka bermasalah kerana Ayda, Gayatri turut memberitahu yang hubungannya dengan Zul masih seperti biasa dan enggan mengulas lanjut.
Sebelum ini Zul juga ada mengeluarkan kenyataan yang dia dan Gayatri akan berkahwin dalam masa terdekat, namun segalanya masih dalam perancangan dan dia juga enggan bercerita lanjut mengenainya.
Nama Zul Ariffin meningkat naik sejak kebelakangan ini setelah berlakon dalam drama Rindu Awak 200%. Gaya lakonan yang bersahaja serta pakej rupa yang dimiliki menyebabkan ramai menggilai pelakon ini. Apa pun, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama…