Teman Siti Jamumall ‘Check Up’ Kandungan, Netizen Puji Sikap Matang Iqbal Zulkefli – “Sesuai Sangat Berdua..”

Kehidupan

Teman Siti Jamumall ‘Check Up’ Kandungan, Netizen Puji Sikap Matang Iqbal Zulkefli – “Sesuai Sangat Berdua..”

Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Iqbal Zulkefli telah berkongsi momen dia menemani Siti Jamumall membuat pemeriksaan keadaan kandungan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa dia terpaksa berkongsi momen di hospital itu bagi mengelakkan sebarang fitnah ke atas Siti yang masih dalam tempoh iddah.

Advertisement

iqbal teman siti jamumall

Setiap kali berjumpa Siti, saya akan minta keluarga datang teman.

 

Saya buat video sebab takut menjadi fitnah. Biar orang tahu bagaimana pergaulan kita.

Kata Iqbal, dia berharap agar Siti dan Aiman dapat kembali bersama demi anak-anak mereka.

@ahmadiqbalzulkefli TEMAN @sitijamumall ♬ original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli

Kehadiran saya ini tidak mahu dijadikan isu atau penyebab Aiman dan Siti bergaduh.

 

Saya kalau boleh nak Siti kembali bersama Aiman kalau ada jodoh. Kalau tak ada jodoh, berbaiklah demi anak.

Menerusi ruangan kapsyen, Iqbal sempat menitipkan pesanan mengenai persahabatan iaitu dalam hubungan persahabatan, ketidakjujuran akan menyukarkan diri sendiri dan mendorong kepada penipuan.

Dalam berkawan, kalau kita tidak jujur, jawapan itu akan sentiasa berubah-ubah. Akhirnya menyulitkan diri untuk cipta penipuan. Jujur saja walaupun berat dan mungkin kita akan jadi tidak ramai kawan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap Iqbal yang dilihat matang ketika menemani Siti. Malah, ada juga yang mengatakan mereka berdua kelihatan begitu serasi.

komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ds vida rawat sihir siti jamumall
21 hours ago

(VIDEO) Buang Sihir Dari Badan Siti Jamumall, DS Vida Dah 'Upgrade' Jadi Perawat Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...