Teman Lelaki Kagum Cara Alya Iman Tangani Kontroversi

Hiburan

Teman Lelaki Kagum Cara Alya Iman Tangani Kontroversi

Akui turut sama terkena tempias dengan kontroversi yang melanda kekasih hatinya, teman lelaki pelakon baharu Alya Iman iaitu Ridhwan Rosli kini tampil bersuara berikutan kes yang membabitkan nama pelakon tersebut.

Teman Lelaki Kagum Cara Alya Iman Tangani Kontroversi

Advertisement

Menurutnya, meskipun dirinya ada menerima komen-komen negatif daripada segelintir pihak tidak bertanggungjawab khususnya netizen di laman sosial, namun beliau dikhabarkan tenang sahaja menghadapi segala tohmahan tersebut.

“Sejujurnya ada. Saya ada terima komen dalam bentuk sindiran dan ada yang hantar kiriman mesej secara peribadi yang negative. Saya percaya ini adalah adat perkara yang tular.”

Ujar Ridhwan, beliau amat mengagumi sikap positif yang ada dalam diri Alya kerana yakin wanita tersebut berada di pihak yang benar.

Teman Lelaki Kagum Cara Alya Iman Tangani Kontroversi

“Tetapi semestinya kadang-kadang dia sedih terutamanya ada orang terdekat yang memanipulasikan keadaan. Dia sibukkan diri dengan bekerja dan selalu mengatakan bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya.”

Kata ayah kepada dua orang cahaya mata itu lagi, Alya dilihat tabah mengharungi dugaan ini dan perkara yang sudah berlaku boleh dijadikan tauladan untuk menjadikan diri Alya seorang yang lebih baik pada masa akan datang.

Teman Lelaki Kagum Cara Alya Iman Tangani Kontroversi

Untuk rekod, Alya sebelum pernah mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya. Namun menegaskan tali pertunangan antara dirinya dengan usahawan tersebut sudah putus.

Bagaimanapun, Alya kini akui sudah bertemu pengganti dengan duda anak dua.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...