Baru-baru ini, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz telah mendapat kejutan yang dibuat oleh kekasih hatinya, Simon Joseph Javier sempena ulang tahu kelahirannya yang ke-24.
Menerusi perkongsian di TikTok, Simon telah memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang membuat persiapan untuk melakukan kejutan tersebut di bilik hotel.
Video berkenaan juga turut menunjukkan Simon yang juga merupakan pencipta kandungan berasal dari Filipina itu membeli hadiah serta menghias dekorasi di bilik tersebut.
Buat kejutan hari lahir buat bakal isteriku sempena ulang tahunnya yang ke-24 di Kazakhstan. Awak anugerah terindah dalam hidup saya dan saya akan pastikan awak sentiasa rasa disayangi dan dihargai.
@simonjosephjavier Surprising my future wifey on her 24th birthday in Kazakhstan 🎂🥹❤️ You’re the best and I will always make you happy. You deserve nothing but love baby! I love you so much @Yazmin Aziz ♬ original sound – Simon Says Vlog 🔥
Perkongsian tersebut meraih perhatian dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen antaranya komen sesetengah individu yang terkejut mendapat tahu Yazmin baru berusia 24 tahun.
Bagaimanapun, terdapat juga komen daripada segelintir individu yang mempersoal tindakannya membuat kejutan tersebut di dalam bilik sedangkan mereka berdua belum mempunyai ikatan yang sah.
Mesti dalam bilik. Macam dah nikah.