Teman Lelaki Bermodalkan Lima Cincin Berlian Untuk Lamar Kekasih

Kehidupan

Teman Lelaki Bermodalkan Lima Cincin Berlian Untuk Lamar Kekasih

Seorang lelaki yang ingin menjalin hubungan serius dengan seorang wanita pasti akan sanggup melakukan apa sahaja.Hal ini berhubung dengan satu pasangan kekasih di Amerika Syarikat dimana cara lelaki ini melamar teman wanitanya sungguh menarik perhatian orang ramai.

Memetik laporan The Sun, lelaki yang dikenali sebagai Will Hunn melamar kekasihnya selepas membawa pasangannya itu menaiki sebuah helikopter untuk bersiar-siar di kota berkenaan. Dia melamar teman wanitanya dengan memberi kejutan lima bentuk cincin berlian yang berbeza sebagai tanda pertunangan.

Advertisement

Menurut lelaki itu, dia memberi lima bentuk cincin yang berlainan supaya kekasihnya, Brittney, boleh memilih rekaan mana yang dia berkenan.

“Saya beritahu yang dia boleh ambil kesemua cincin tersebut atau memilih salah satu yang paling digemarinya”

“Dia cukup istimewa dan layak mendapat yang terbaik untuk hidupnya, jadi saya melamarnya dengan lima bentuk cincin berlian yang berlainan” 

Walaupun teman wanitanya diberi pilihan sama ada untuk mengambil kesemua cincin itu atau memilih salah satu sahaja, dia memutuskan untuk mengambil satu sahaja daripada kelima-lima cincin tersebut dan menerima lamaran teman lelakinya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...