Teman Lelaki Bella Rupanya Pernah Ke ‘Carwash’, Cuci Sendiri Kereta Kotor & Penuh Tanah – “Dia Nampak Gelisah, Kelam Kabut”

Trending

Teman Lelaki Bella Rupanya Pernah Ke ‘Carwash’, Cuci Sendiri Kereta Kotor & Penuh Tanah – “Dia Nampak Gelisah, Kelam Kabut”

Keputusan ujian DNA yang dijalankan terhadap rangka manusia yang dijumpai di rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, Batu Pahat disahkan milik Bella yang hilang sejak Disember lepas.

Bella atau Mila Sharmila Samsusah merupakan ibu tunggal yang berusia 32 tahun dan dilaporkan hilang selepas keluar ke dobi bersama teman lelakinya.

Advertisement

 

Teman lelaki dituduh membunuh

Hari ini, teman lelaki Bella,  Mohammad Haikal Mahfuz dihadapkan di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh.

kes bunuh bella

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa antara jam 11 malam pada 14 Disember lalu hingga jam 5.30 pagi hari berikutnya.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit bersalah.

 

Pernah ke carwash cuci kereta kotor

Satu video tular di TikTok, iaitu liputan program 999 di TV3 mendedahkan tertuduh pernah ke sebuah pusat mencuci kereta pada hari Jumaat, sehari selepas Bella dilaporkan hilang.

Tertuduh berusia 24 tahun itu turut meminta bantuan dua pekerja di situ yang merupakan rakannya untuk mencuci namun salah seorang berkata bahagian dalam kereta agak kotor dan mempunyai kesan lumpur serta tanah yang banyak.

kes bunuh bella

Sedangkan tertuduh yang pernah bekerja di pusat mencuci kereta itu dikatakan seorang yang sangat menjaga kebersihan keretanya.

Tertuduh juga dikatakan nampak gelisah dan seperti terburu-buru untuk beredar daripada lokasi selepas kereta sudah siap dicuci.

Memang jenis jaga kereta betul-betul. Kereta dia jarang kotor. (Lepas cuci) Dia ambil kunci, takde cakap banyak, terus jalan. Masa tu dia memang kelam kabut, nampak tak tenang, resah gelisah.

@areesyakhalim Rangka Manusia Sah Milik Bella. #999tv3 #tv3malaysia #999 #fypシ #tv3 ♬ original sound – Areesya Khalim 999

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...