Setelah kedua-dua perhubungan yang lama dibina dengan pasangan masing-masing terhenti hanya di separuh jalan, pelakon Fizo Omar dan Azar Azmi lebih senang hidup solo.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini berterbangan berita di segenap industri seni tanah air yang mengatakan bahawa kedua selebriti ini sedang bermadu kasih. Pun begitu, Fizo dan Azar menafikan gosip tersebut dan mengakui bahawa mereka rapat sebagi kawan baik.
Pun begitu, satu entri yang di muat naik di laman Instagram Azar Azmi sepertinya memberi ‘hint’ bahawa kedua selebriti itu merupakan pasangan kekasih.
Menurut perkongsian itu, Azar dan Fizo nampaknya mengisi masa mereka dengan aktiviti permotoran. Bersemut habis apabila pelakon wanita itu memanggil lelaki tersebut sebagai ‘teman hidup’ selain berterima kasih kerana sering membuatkannya tak kering gusi dan juga memberikan kata-kata semangat.
Peminat juga perasan bahawa Fizo telah meletakkan ‘tag’ nama Azar di hatinya lantas membuatkan ramai semakin percaya dengan hubungan yang berbunga di antara pasangan tersebut.
Fizo juga sebelum ini pernah mengakui bahawa dia rapat dengan Azar kerana perangai gila-gilanya selain selesa berkawan dengan wanita itu. Bahkan mereka juga sering merakam kandungan video bersama-sama lantas mengeratkan lagi hubungan itu.
Mendapat sokongan peminat, ramai pengikut Azar yang berharap agar kedua pelakon itu benar-benar bercinta kerana mereka nampak sepadan bersama.
Kita doakan yang baik-baik ya?