Tema Raya Retro? Mustahil! Try 5 Trik INI Untuk Hasil Gambar Macam Zaman Dulu!

Branded

Tema Raya Retro? Mustahil! Try 5 Trik INI Untuk Hasil Gambar Macam Zaman Dulu!

Dalam kesibukan beribadat di bulan Ramadan, umat Islam pastinya teruja untuk membuat persiapan bagi menyambut hari raya yang bakal tiba. 

Korang dah decide belum nak buat tema apa tahun ni?

Kalau nak kelainan, kami nak cadangkan korang untuk pilih tema Retro Raya tahun ni. Confirm menggamit kenangan balik! 

Hmm, macam mana nak jadikan tema tersebut lebih meriah dan nampak realistik bila bersama dengan ahli keluarga yang lain? Haa, jom check out 5 tips yang korang boleh try untuk hasil gambar raya yang sempurna!

1. Pilih Tema Pakaian Yang Betul

Gambar: Kredit Mawardi Yunus (kiri)/ Pressreader (kanan)

Bila sebut tentang Retro Raya, mesti korang bayangkan outfit ala-ala zaman filem hitam putih kan? Tapi korang tahu tak, pemilihan pakaian vintaj dan tradisional pun salah satu cara untuk naikkan feel Retro Raya dalam setiap gambar yang diambil. Bila pakaian dah on point, baru lah semangat nak OOTD!

2. Pilih Lokasi Yang Bersesuaian Dengan Tema Retro Raya

Gambar: Kredit Google

Kalau korang nak tahu, pemilihan lokasi juga penting untuk mendapatkan suasana sama macam gambar memori childhood korang dulu! Pilih lokasi seperti bangunan lama, lorong-lorong dengan warna minimalist seperti kelabu, hitam dan putih dan pasar tradisional supaya gambar yang diambil bersama ahli keluarga korang akan nampak lebih realistik dan menarik!

3. Guna Kamera Yang Tepat

Gambar: Kredit Google

Aplikasikan penggunaan kamera yang tepat untuk mendapatkan hasil yang diimpikan. Korang boleh menggunakan filter retro atau aplikasi penyuntingan gambar percuma seperti Befunky, Canva dan sebagainya untuk mendapat efek gambar yang sesuai dengan tema Retro Raya. Baru nampak klasik!

Gambar: Kredit Prestige Hong Kong (kiri)/ Caella.co (kanan)

Selain itu, korang juga boleh mengaplikasikan beberapa pose yang berbeza seperti duduk, berdiri atau sedang berjalan untuk mendapatkan angle dan gambar yang lebih kreatif. 

4. Bermain Dengan Pencahayaan Yang Tepat

Gambar: Kredit Argyle Photo Studio (kiri)/ New Straits Times (kanan)

Sebenarnya, tak susah pun nak dapatkan sekeping gambar tema Retro Raya ni… Korang boleh pilih unsur pencahayaan atau filter dengan warna semula jadi seperti cahaya matahari dan cahaya lilin untuk mendapat hasil gambar ala-ala retro. Senang kan?

5. Serikan Dengan Sticker dan Prop Dari Media Sosial

Untuk jadikan foto hari raya korang bersama keluarga lebih wow, korang boleh add on sticker atau prop yang tersedia pada aplikasi sosial media seperti Instagram, Snapchat, Facebook dan Tiktok. Jimat masa!

Selain dari lima tips dan trik yang kami kongsikan di atas, pemilihan handphone dengan spesifikasi kamera berkualiti tinggi juga penting supaya hasil tangkapan gambar yang diambil berkualiti dan jelas. 

Tambahan pula, aplikasi penyuntingan gambar seperti Google Camera, Camera MX, Adobe Photoshop Camera dan pelbagai koleksi bertemakan Raya juga antara aplikasi ‘wajib’ ada dalam telefon pintar korang untuk hasilkan gambar Retro Raya yang sempurna! 

Chup..chup.. Tapi macam mana nak cari handphone dengan spesifikasi sama macam kat atas ni di saat-saat akhir Ramadan ni? 

Haa, meh kami share satu platform atas talian di mana korang boleh miliki handphone second hand yang dipercayai dengan rating sebanyak 4.7 bintang pada halaman Google, berkualiti dan mampu milik. Penghantaran pun free je! Lagi ekstra, lebih 2 juta telefon pintar second-hand telah terjual di platform ini. Wow hebatnya!

Memperkenalkan CompAsia, Platform Menjual Telefon Second Hand Dengan Kualiti Tak Masuk Akal!

Apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran korang bila sebut pasal telefon second hand? Mesti tentang kualiti setiap telefon yang dijual kan? Tapi, barang berkualiti tak semestinya yang baru sahaja, betul tak? 

Haa, kami nak memperkenalkan CompAsia di mana pengguna tak perlu lagi risau dengan kualiti barangan second hand kerana  setiap peranti yang dijual di CompAsia  akan dilakukan pemeriksaan kualiti sehingga 32 langkah untuk memastikan pembeli mendapat barangan 100% original dan berfungsi dengan baik setiap kali pembelian.

Bukan itu sahaja, CompAsia juga menawarkan manfaat yang berbeza berbanding reseller yang lain seperti menawarkan waranti sehingga 12 bulan bagi setiap pembelian telefon pintar yang dilakukan. CompAsia juga turut menyediakan pelbagai kaedah pembayaran seperti pembayaran tunai, tanpa faedah, Buy Now Pay Later menerusi aplikasi Grab Pay.  Fuh, memang takkan jumpa dekat luar!

Trade- in Telefon Korang Dengan Lebih Mudah Dan Selamat

Selain menjual telefon second hand, korang juga boleh trade-in handphone korang yang masih berfungsi dalam semua kondisi kat mereka tau. Antara jenama telefon yang dijual pada platform CompAsia ialah Apple, Samsung, Xiaomi, Huawei dan jenama yang sedang hangat berada di pasaran. Senang cerita, telefon yang dijual memang berjenama dan berkualiti tinggi!

Meriahkan Raya Dan Sertai Kontes Retro Raya Bersama Ahli Keluarga

Gambar: Kredit Syasha Butik (kiri)/ Astro Gempak (kanan)

Korang dah tak sabar nak balik beraya ke tu? Mesti seronok bila berjumpa dengan ahli keluarga yang lain kan? Haa, dah alang-alang suasana tengah ‘havoc’ tu, apa kata korang join kontes CompAsia dengan ambil gambar seluruh ahli keluarga bertemakan Retro Raya! 

Macam mana nak sertai? Senang je!

Langkah 1: Follow akaun Instagram dan Facebook CompAsia Malaysia

Langkah 2: Tangkap gambar Raya korang paling kreatif bertemakan Retro Hari Raya. Nak lebih kreatif, tambahkan pelekat dari CompAsia Retro Raya dengan nama RetroRayaCA”, compasia“, “compasiamy “, “retro raya” dan “retroraya“.

Langkah 3: Setelah itu, korang boleh pilih untuk post gambar korang di akaun Facebook (tidak termasuk FB story) atau Instagram (sama ada di Instagram Post atau Story/ kedua-duanya sekali)

Langkah 4: Jangan lupa tag (2) rakan anda dan @compasiamy. Sertakan bersama hashtag #RetroRayaCA dan #Terbestbukanterbaru

Langkah 5: Make sure akaun Instagram dan Facebook korang dalam tetapan Public supaya memudahkan CompAsia menyemak penyertaan korang. 

Penyertaan tanpa had! Tapi, setiap nama yang menyertai peraduan ini layak untuk menang sekali sahaja tau! *Tertakluk pada Terma dan Syarat

Korang boleh klik DI SINI untuk lebih info mengenai kontes ini. Mana tahu gambar korang yang bakal dipilih! 

Tunggu apa lagi! Jadikan suasana raya bersama ahli keluarga yang tersayang lebih meriah dengan CompAsia! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi CompAsia.

Cover photo: Kredit Pinterest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...