‘Channel’ Telegram Edisi Siasat & Edisi Khas Akan Berdepan Tindakan Sivil – MCMC

Berita

‘Channel’ Telegram Edisi Siasat & Edisi Khas Akan Berdepan Tindakan Sivil – MCMC

Dua saluran di platform Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas” bakal berdepan tindakan sivil selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memfailkan tuntutan.

Menerusi kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa dua saluran tersebut telah dikenal pasti enyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Advertisement

Tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP(C)”].

pejabat MCMC

Kredit: Kosmo!

Jelasnya lagi, pihak Telegram gagal untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka meskipun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC.

Berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, MCMC telah memohon dan
berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan-
kandungan seumpamanya.

Tindakan itu juga adalah untuk memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi.

Walau bagaimanapun, pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

Dalam pada itu, MCMC turut memberi peringatan kepada semua penyedia platform media sosial agar bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.

MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Foto tular bedah siasat zayn rayyan
9 months ago

Foto Bedah Siasat Tular Di Telegram, Peguam Bela Ibu Bapa Zayn Rayyan Cadang Bawa Kes Ke Jabatan Integriti Bukit Aman (JIPS)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...