Telefon Pintar Huawei Mate XS Boleh Lipat 5G Bakal Dijual Pada Harga RM11,111

Teknologi

Telefon Pintar Huawei Mate XS Boleh Lipat 5G Bakal Dijual Pada Harga RM11,111

Sejak tahun lalu, Huawei telah mengumumkan projek penghasilan telefon boleh lipat dan kini penantian peminat Huawei untuk memiliki model telefon boleh lipat bakal tiba. Huawei Malaysia telah menetapkan 20 Mac ini sebagai tarikh pelancaran rasmi model Mate XS.

Model ini dijual pada harga bermula dari RM11,111.

Kesesuaian harga premium model telefon ini digandingkan dengan penawaran spesifikasi terbaik serta muncul antara model yang tercanggih di pasaran ketika ini.

Advertisement

Huawei Mate Xs

Mate XS dilengkapi dengan skrin boleh lipat 8 inci dan boleh dilipat kepada telefon 6.6 inci. Model ini juga dikuasakan dengan processor Kirin 990 5G dan mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh. Untuk model pasaran di Malaysia, model telefon ini hadir dalam jenis RAM 8GB dan ruang storan 512GB.

Selain daripada fokus di bahagian spesifikasi, kamera Huawei Mate XS tampil dengan kamera 40 megapixel, 16 megapixel dan 8 megapixel. Cukup untuk membuatkan penggemar kamera telefon pintar berasa teruja untuk mencuba hasil kamera telefon ini.

Sekiranya anda ingin muncul sebagai individu yang terawal memiliki telefon model boleh lipat 5G ini, pra-tempah sudah dibuka di laman web Lazada.

Model ini boleh didapati secara rasmi di Malaysia pada 20 Mac ini dan pengguna juga menerima Huawei Freebuds 3.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...