Telco Apakah Menjadi Pilihan Anda?

Hiburan

Telco Apakah Menjadi Pilihan Anda?

Celcom, Maxis, U Mobile dan Digi adalah 4 nama besar syarikat telco di Malaysia ini. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing dan menawarkan plan-plan menarik untuk mencuri hati para pengguna Malaysia. Abang Nara tertanya-tanya juga telco mana satu yang menjadi pilihan pembaca BeautifulNara. Sehingga ke hari ini, Abang Nara masih setia dengan Celcom sejak pulang dari Korea dulu. Tak pernah tukar-tukar. Hehehe.

telco pilihan hati

Advertisement

Apa yang Abang Nara suka mengenai Celcom ialah bayaran bulanannya yang memang ‘fix’ dan tidak akan melebihi apa yang dijangkakan. Kalau lebih pun sekadar seringgit dua je. Kalau tak silap, Abang Nara ambil plan yang bulan-bulan kena bayar RM150. Tak kiralah banyak mana telefon, SMS, layari Internet dan sebagainya, memang tak pernah harga bil melambung naik sampai cecah RM200. Paling best plan Internet yang Abang Nara langgan ialah ‘unlimited’ (sebab langgan masa awal-awal dulu). Memang puas hati main Internet tak ingat dunia. Heheh.

telco pilihan hati

Daripada segi liputan, memang sangat puas hati. Abang Nara memang selalu keluar ke sana sini di sekitar kawasan Kuala Lumpur, jarang la tak dapat liputan 3G. Namun kalau balik kampung wife kat Jasin, hanya dapat 2G je. Itu yang masa hari raya tue tak dapat nak ‘online’ selalu. Mungkin daripada segi liputan ini Celcom boleh buat penambahbaikan daripada masa ke masa. Namun untuk kawasan bandar, Abang Nara bagi 8 bintang kepada Celcom. Terbaik!!!
telco pilihan hatiDaripada pemerhatian Abang Nara terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan, Maxis dan Digi juga menjadi pilihan utama mereka. Ada yang pilih Maxis sebab katanya Internet sangat laju. Sementara yang pilih Digi pula katanya sebab plan yang ditawarkan murah dan berbaloi. Abang Nara tak tahulah pulak sebab tak pernah guna Maxis dan Digi. Abang Nara ada satu telefon je. Tak adalah macam orang lain yang ada sampai 2,3 telefon dan perlukan 2,3 ‘line’. Hehehe.

telco pilihan hati

Abang Nara bukan nak puji Celcom dan ‘bash’ telco-telco lain di dalam artikel ini. Cuma ingin tahu pendapat anda semua mengenai telco yang terbaik. Mana satu pilihan anda? Kalau pilih Digi kenapa anda pilih Digi dan begitulah seterusnya. Sekali sekala berkongsi pendapat secara ilmiah apa salahnya kan? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Mana tahu boleh jadi petunjuk untuk mereka yang mahukan dapatkan plan terbaru daripada telco-telco di Malaysia ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...