Telatah Anak Tak Bagi Ayah Pergi Kerja Buat Ramai ‘Geram’

Trending

Telatah Anak Tak Bagi Ayah Pergi Kerja Buat Ramai ‘Geram’

Seperti yang kita tahu, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu untuk menceriakan dan memeriahkan lagi suasana di rumah. Mana tidaknya, ada sahaja telatah dan gelagat mereka ini yang menghiburkan.

Bukan saja mulut mereka yang banyak celoteh mula bercakap itu ini, malah perangai mereka juga mampu menjadi hiburan kerana kadangkala ia saling tidak tumpah seperti si ibu atau ayah.

Advertisement

3 bulan lalu

Kanak-Kanak Merajuk Sebab Donut Buat Netizen Terhibur

Boleh dikatakan, keluarga yang mempunyai anak kecil di rumah mesti banyak kali merasai suasana rumah yang kecoh dan meriah. Ibu bapa juga memerlukan tenaga yang banyak untuk melayan telatah mereka yang pelbagai ragam.

Anak bertegas tidak benarkan ayahnya pergi kerja kerana bahaya dan risau akan wabak Covid-19

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak perempuan yang menghalang ayahnya untuk pergi kerja.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak perempuan itu bertanya kepada ayahnya tentang kemana ayahnya ingin pergi sambil mencekak pinggang. Apabila si ayah menjawab “pergi work”, kanak-kanak itu pantas berkata “Covid! Bahaya!”. 

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila ayahnya terus menuju keluar rumah dan dia kemudian mula menghentak kakinya menuju ke pintu konon tidak memberi kebenaran ayahnya pergi kerja.

“Yang hentak kaki tu mesti ikut mak dia”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 394.2 ribu tontonan, 25 ribu tanda like dan 310 komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah kanak-kanak perempuan tersebut yang risaukan ayahnya seperti seorang dewasa.

Anak tak bagi ayah pergi kerja

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Anak tak bagi ayah pergi kerja

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh menyuruh kanak-kanak itu membenarkan ayahnya untuk pergi kerja kerana mereka takut parcel pesanan mereka tidak sampai. Si ayahnya bekerja di PosLaju, memang kena kerja lah ‘adik’.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...