May 29th, 2020

Selepas tamat sahaja drama ‘Bukan Gadis Biasa’ yang asyik terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tayangannya, pelakon Sheila Rusly membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu ini.

Selain menggarap drama tersebut, wanita itu juga membawa watak Opah Aminah yang turut menerima kecaman hebat daripada penonton dek efek solekan dan lakonan yang dikatakan tidak nampak realistik.

opah aminah sheila rusly

Menepis dakwaan bahawa dia mahu bersara kerana kritikan berat yang dilemparkan kepada ‘Bukan Gadis Biasa’, Sheila Rusly menegaskan bahawa keputusan itu sudah pun dibuat sejak Oktober lalu ketika penggambaran naskhah tersebut sedang berjalan.

“Keputusan itu dibuat bukan sebab saya kecil hati dengan kritikan penonton terhadap watak Opah Aminah. Sekelumit pun saya tidak berkecil hati… Itu hak mereka bersuara dan saya tidak boleh menghalang.”

Selepas 35 tahun menabur bakti dalam industri seni, pelakon wanita tersebut merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk mengundur diri ke belakang dan berehat sebentar. Tegas Sheila Rusly, usianya yang sudah menggapai 50-an menguatkan lagi keputusan itu.

sheila rusly terima kritikan

Berkenaan drama ‘Bukan Gadis Biasa’ yang menerima hencapan luar biasa daripada penonton, wanita itu mengakui tidak melatah kerana sudah faham dengan respons sedemikian. Pun begitu, dia agak terkilan apabila ramai yang bersikap kurang ajar sehingga maki hamun dan mencaci ketika mengkritik drama itu.

“Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Tetapi saya juga tidak boleh memaksa orang menonton cerita saya.”

Makin terkilan apabila ada yang menggelar naskhah lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak itu sebagai ‘drama sampah’.

“Tiada siapa yang sanggup keluarkan bajet RM1 juta dan menjalani penggambaran sehingga tiga bulan untuk menghasilkan karya dilabel ‘sampah’.”

bukan gadis biasa dikritik

Pun begitu, berkat pengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini, Sheila Rusly mengakui bahawa dia mampu menerima segala tohmahan tersebut.

Sumber: BH Online


6 responses to “Telan Belanja RM1 Juta, Sheila Rusly Kecewa ‘Bukan Gadis Biasa’ Digelar Drama Sampah”

  1. Addary says:

    Biasa lah Kak Ada yg suka Ada yg Tak suka…. Yg Tak suka…. Suruh dorang buat drama sendiri… But for Aku suka cerita BGB but the ending not good enough Syabas Kak Sis N family

  2. Anonymous says:

    Npe owg malaysia ni ske sgt kritik..ada je bnde xkne..ok je tgok drama tu, part mne yg korang ckp smpah tu? Klu xske xpyh tgok..xyah la nk tulis bkn2 ..sokong la drama malaysia ..mcm mne kte nk maju klu asyik kritik, mengata je ..xfhm owg2 mcm ni..xske xyah tgok..xde sape yg sakit hati kn

  3. Nisa says:

    Drama tu best la.. Tengok berkali² di saluran lain² pun masih tak puas. Best.

  4. Sarah says:

    Haritu bukan laki dia jugak ke yg cakap kat netizen, kalau tak suka tak payah tengok. Harini kata itu hak netizen untuk bersuara. Acah2 open-minded padahal kaki sentap!

  5. Anonymous says:

    TAK ABIS2 LAGI KISAH MAK CIK NI

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...