Tekstur Ringan & Tak Melekit, Siap Boleh Melindungi Kulit, Patutlah Orang Jepun Suka Produk Ini!

Branded

Tekstur Ringan & Tak Melekit, Siap Boleh Melindungi Kulit, Patutlah Orang Jepun Suka Produk Ini!

‘Ish, jeles lah tengok kulit orang Jepun semua halus mulus!’

Haa, kami yakin mesti korang akan ada pemikiran macam ini setiap kali nampak orang Jepun betul tak? Nak tanya mereka apa rahsia untuk dapatkan kulit cantik, segan pula.

Setakat ni kalau guna produk Jepun tak pernahlah mengecewakan macam jenama Hada Labo.

Tapi korang tau tak, yang Hada Labo rupanya ada sunscreen juga tau, yang dapat memberikan banyak manfaat pada kulit wajah.

Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ Lebih Bagus Dari Sunblock? Wow!

Korang tahu tak, sunscreen Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ ni tak sama fungsinya seperti sunblock. ia mempunyai pelbagai bahan penjagaan kulit yang sangat bagus dan berkesan tau!

Maksudnya sunscreen saja pun dah mencukupi?

Ya, tepat sekali. Lepas ni korang dah tak perlu membazir duit beli macam-macam jenis produk penjagaan kulit, cukup sekadar pencuci muka, serum, pelembap dan Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++!

Melembapkan Kulit & Mencegah Penuaan Pramatang, Banyak Bahan Bagus Dalam Satu Sunscreen!

Bila sebut tentang sunscreen ni, perkara yang dah semestinya kita tahu adalah ia bertindak untuk melindungi kulit daripada cahaya berbahaya seperti UVA/UVB dan cahaya biru.

Tapi, korang tahu tak, selain melindungi kulit daripada cahaya berbahaya, apa yang best dengan Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ ini adalah ia juga mempunyai banyak bahan penjagaan kulit tau.

Antaranya seperti Double Acid Hyaluronic dan Double Ceramides, yang mana masing-masing bertindak memberikan penghidratan optimum agar kulit kekal anjal serta menguatkan lagi penghalang kulit. Wow, macam ni dah boleh kata bye-bye dekat kulit kering lah!

Selain itu, bagi kami, sunscreen Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ ini memang top notch sebab ia kaya dengan ekstrak Inonotus Obliquus (Cendawan), Akar Halia, Citrus dan bahan botani lain yang kuat dalam menyokong antioksidan.

Bagi korang yang dah mula ada garis penuaan tu, jangan risau, tak perlu membazir duit pergi buat rawatan tegangkan kulit, guna saja Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++!

Dengan adanya bahan seperti Ectoin dalam sunscreen, ia mampu mencegah penuaan pramatang pada kulit wajah tau! Patutlah orang-orang Jepun semuanya awet muda je!

Psst, ia juga mengandungi Niacinamide yang bertindak untuk mencerahkan dan meningkatkan keserian kulit. Tapi, kalau boleh mencerahkan kulit, maksudnya ada white cast ke?

Eh, siapa kata ada? Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ dirumus dengan teknologi istimewa iaitu Invishield Technology, iaitu zink oksida berskala nano yang menawarkan perlindungan seragam tanpa white cast tau.

Jadi, kalau korang nak bersolek, korang dah tak perlu tunggu lama-lama semata nak bagi white cast tu hilang sebab Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ diperakui memang tak ada white cast!

Selamat Digunakan Pada Kulit Sensitif!

Biasalah, bila nak pakai sesuatu produk penjagaan kulit, mesti kita ada rasa was-was, takut ada bahan yang boleh beri kesan buruk pada kulit betul tak?

Dengan Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++, korang boleh chill sebab ia mempunyai Triple Anti-Pollutant seperti Ekstrak Biji Moringa, Asid Fitik & Gula Biosakarida yang dapat melindungi kulit daripada PM2.5 dan bahan pencemar lain. Baguskan?

Paling penting, sunscreen ini bebas daripada alkohol, pewangi tiruan, pewarna, minyak mineral dan MIT. Jadi, memang sudah terang lagi bersuluh ianya selamat pada kulit.

Selain itu, untuk korang yang mengalami masalah kulit berminyak, jangan risau, Hada Labo got your back sebab ia mempunyai tekstur yang sangat ringan dan licin tau!

Lagi best, ia mudah meresap ke dalam kulit, dan memberikan keselesaan berpanjangan. Haa, lepas ni tiada lagi isu mata pedih sebab minyak sunscreen pada kulit muka termasuk mata.

Hasil daripada maklum balas 60 orang pengguna Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++, yang mencuba sendiri sunscreen ini selama 7 hari menunjukkan bahawa:

– 98% bersetuju ia mengingkatkan penghidratan pada kulit

– 90% bersetuju ia mencerahkan kulit dan tona kulit menjadi sekata

– 88% bersetuju ia dapat membaiki penghalang kulit

– 93% bersetuju ia mempunyai tekstur yang sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit

Terdapat juga hasil tinjaun terhadap 33 wanita yang menggunakan sunscreen ini selama 14 hari, dan mendapati bahawa 100% bersetuju sunscreen ini tidak menghalang pori-pori daripada tersumbat, serta tiada white cast langsung tau.

Haa, dah baca semua kelebihan Hada Labo Hydrating Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ ni, korang tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang di mana-mana farmasi berdekatan!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hada Labo atau ikuti media sosial di Facebook untuk update terkini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...