Apabila mencari hotel untuk penginapan, sudah tentu kita akan tengok reviu servis dan layanan staf, lokasi yang strategik dan sesetengah orang sangat mementingkan rating.
Namun, bayangkan kalau hotel yang menerima rating 4 bintang kantoi melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dan menjijikkan.
Seorang tetamu sebuah hotel baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan selepas dia melalui satu pengalaman yang menggelikan.
Difahamkan, pelanggan tersebut telah mendakwa menemui sesuatu yang pelik ketika menggunakan cecair mandian disediakan oleh hotel di Hunan, China itu.
Katanya, kerana mahu tahu apa sebenarnya yang digunakan, dia kemudian menuang cecair mandian itu ke dalam botol air dan mendapati ia mempunyai tekstur pekat dan berketul seperti ‘awan’ dan berbau hanyir.
Dia kemudian mendakwa ia sama seperti bau dan tekstur air mani dan terus membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel untuk membuktikan kesahihan dakwaannya.
Foto cecair itu di dalam botol minuman tular di media sosial tempatan dan menjadi bualan hangat warganet di negara itu namun difahamkan kes tersebut masih dalam siasatan.
Meskipun modus operandi mereka mungkin terbongkar (jika dakwaan itu benar) dan reputasi mereka tergugat, hotel tersebut dilaporkan tetap meneruskan operasi seperti biasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.