Teksi Tanpa Pemandu Sedang Diuji, Dijangka Dilaksanakan Pada Tahun 2018 Di Singapura

Teknologi

Teksi Tanpa Pemandu Sedang Diuji, Dijangka Dilaksanakan Pada Tahun 2018 Di Singapura

Kerajaan republik Singapura menjangkakan perkhidmatan teksi tanpa pemandu dapat dilaksanakan seawal 2018 dengan pengambilan penumpang bagi perjalanan pendek, atas permintaan pelanggan.

Advertisement

Berita Harian Singapura melaporkan langkah itu sebahagian daripada usaha menjadikan Singapura tanpa banyak kereta, termasuk pengangkutan tanpa pemandu dan kenderaan seperti itu memenuhi bahagian pertama dan terakhir perjalanan mengambil penumpang ke dan dari rumah serta stesen MRT atau kemudahan berdekatan seperti pusat beli-belah.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Josephine Teo berkata pusat penyelidikan dan litar kenderaan pandu sendiri (SDV), di mana kenderaan tanpa pemandu boleh diuji di bawah keadaan lalu lintas sudah dibuka semalam.

Katanya, litar itu akan dibuka kepada peserta industri untuk membangunkan produk mereka sendiri, sambil meninjau masa depan.

“Walaupun banyak negara dan bandar sedang menguji kenderaan pandu sendiri, kita masih belum melihat taraf dan peraturan antarabangsa sesuai untuk penggunaan berskala besar SDV,” katanya dipetik daripada Berita Harian Singapura.

Bagi melaksanakan perkhidmatan itu, Singapura menerusi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat berpangkalan di Britain, Delphi Automotive Systems, dan sebuah syarikat baru nuTonomy.

Josephine berkata pusat dan litar berkenaan boleh membantu Singapura membangunkan taraf tersebut dan menggerakkan SDV di jalan raya.

“Ia juga satu langkah penting ke arah merealisasikan wawasan kita di mana SDV digunakan untuk sambungan pertama dan peringkat akhir di bandar kita,” katanya.

Sementara itu, nuTonomy menjangka mempunyai perkhidmatan komersial terhad menjelang 2018 dengan sehingga 75 kenderaan di kawasan tertentu, dengan perkhidmatan seluruh pulau dilancarkan pada 2020.

Syarikat baharu itu, yang menguji kenderaan tanpa pemandu di one-north sejak April, berkata ia menjangka menggunakan kenderaan elektrik yang boleh bergerak hingga 150km sebelum perlu dicas semula.

“Kami mengharapkan ia lebih murah daripada teksi biasa,” kata pengasas bersama yang juga ketua pegawai teknologi nuTonomy, Emilio Frazzoli.

Naib Presiden Perkhidmatan Delphi Glen W. De Vos berkata syarikat itu kini mempunyai enam kenderaan, tetapi menjangka 40 hingga 50 lagi menjelang 2022.

Beliau berkata perkhidmatannya akan mempunyai tambang “kompetitif”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...