Teksi Selangor Pertimbang ‘Rehat’ 3 Jam, Terus Bantah “Uber” & “Grabcar”

Trending

Teksi Selangor Pertimbang ‘Rehat’ 3 Jam, Terus Bantah “Uber” & “Grabcar”

taxi_uber_grabcar_600_1Pemandu-pemandu teksi di Selangor sedang berbincang untuk menghentikan operasi masing-masing dan ‘berehat’ selama tiga jam sebagai membantah ketidakpedulian kerajaan akan nasib mereka dihimpit persaingan daripada Uber dan Grab, lapor portal FMT.

Diumumkan dalam satu sidang media hari ini, persatuan-persatuan teksi Selangor turut mempertimbangkan untuk mewujudkan satu gabungan persatuan-persatuan teksi bagi menguatkan suara mereka. Wakil pelbagai persatuan hadir di sidang media itu.

Advertisement

Menurut laporan FMT lagi, Presiden Persatuan Teksi Giant Seksyen 13, Khalil Ali berkata, menghentikan operasi selama tiga jam memadai untuk menyebabkan keadaan kelam-kabut di Selangor.

“Diplomasi tidak berjaya di Malaysia,” katanya. “Hanya tunjuk perasaan akan membuka mata orang-ramai.”

Menurut Khalil, kesabaran pemandu teksi yang menyebabkan pihak berkuasa tidak bertindak keatas aduan-aduan terhadap perkhidmatan Uber dan Grab, yang disifatkan sebagai “haram”.

“Kita di Shah Alam masih bersabar dan tidak menganjurkan tunjuk perasaan seperti pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur,” katanya. “Tetapi kita sedang membincangkan kemungkinan menubuhkan sebuah gabungan pemandu-pemandu teksi Selangor. Mungkin dengan cara ini pihak berkuasa akan mengambil tindakan.”

Mengulas rancangan henti operasi selama tiga jam, Khalil berkata: “Kita bukan mengugut, tetapi pihak berkuasa perlulah ambil peduli masalah yang dialami pemandu-pemandu teksi secara serius. Malah, kita tak namakan tindakan ini sebagai tunjuk perasaan. Kami hanya perlu berehat selama tiga jam dan Selangor akan lumpuh.”

Presiden Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Shah Alam, Yazid Mohamad Yusof berkata menghentikan perkhidmatan teksi di Shah Alam pernah berlaku sebelum ini. “Pemandu teksi di Shah Alam berehat selama dua hingga tiga jam dan mengakibatkan orang-ramai panik,” katanya. “Kita tidak bermaksud untuk menganjurkan mogok. Kita hanya mahu berehat seketika.”

Khalil berkata ada had pada kesabaran. “Kos hidup makin bertambah dan pendapatan kami makin berkurangan. Kalau kamu menekan kami, kami akan bertindak. Ini berlaku di semua negara.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...