Teknologi RFID Diperkenalkan Tahun Depan, Cuma Lekat Stiker Di Cermin & Lalu Bawah Tol

Trending

Teknologi RFID Diperkenalkan Tahun Depan, Cuma Lekat Stiker Di Cermin & Lalu Bawah Tol

Satu berita menarik dari pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang akan memperkenalkan kaedah pembayaran tol yang lebih efisyen menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID).

Advertisement

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pihak LLM akan memperkenalkan teknologi ini pada Januari tahun hadapan sekurang-kurangnya satu lorong akan disediakan di setiap plaza tol.

Teknologi RFID ini memerlukan pemandu hanya melekatkan sejenis pelekat khas pada cermin kenderan dan lalu lorong tol tanpa perlu berhenti. Sensor pada plaza tol akan mengesan gelombang radio untuk memotong kredit dalam akaun RFID pengguna lebuh raya.

Dengan penggunaan pembayaran yang lebih efisyen ini, masalah kesesakan boleh dikurangkan dan masalah sensor yang selalu pada smart tag baru dapat diatasi.


RFID yang digunakan di Florida, Amerika Syarikat

Pihak LLM setakat ini dalam perancangan memasang teknologi ini secara keseluruhan di seluruh negara menjelang tahun 2020.

Lokasi terkini yang dipasang sensor RFID ini adalah tol Batu 3, Shah Alam dan diuji oleh kenderaan polis, bomba dan Ambulans.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...