Seperti sedia maklum, teknologi kamera Artificial Intelligence (AI) mampu mengenalpasti wajah seseorang tapi rasanya kalau berada di dalam kelompok yang ramai pasti sedikit sukar untuk lakukannya. Tapi kini tidak lagi kerana pakar di China berjaya melakukan satu penemuan baru untuk atasi masalah ini.
Pakar saintis di China mencipta kamera super 500 megapixels facial recognition yang berupaya untuk merakam gambar seseorang walaupun di dalam khalayak ramai. Rekaan terbaru itu didedahkan oleh saintis, Xiaoyang Zeng pada minggu lalu.
Kamera super 500 megapixels ini mampu merakam wajah sesiapa sahaja walaupun anda berada dalam kumpulan yang ramai. Contohnya, kalau anda berada di mall sekalipun, kamera masih dapat merakam wajah beserta maklumat anda.
Untuk CCTV yang sedia ada, ianya tidak mampu untuk mengumpulkan data rakyat mereka lagi-lagi untuk mengambil rakaman yang jelas jika di dalam kumpulan yang ramai.
Sistem sosial kredit
China kini sedang cuba untuk melaksanakan satu sistem yang mengambil kira tingkah laku sosial rakyatnya. Dijangkakan, teknologi baru ini akan digunakan bagi membantu memberi markah di atas tingkahlaku rakyat mereka.