Teknologi HBN Kini Diperkenalkan, Bantu Tangani Status Daging Diragui Halal

Trending

Teknologi HBN Kini Diperkenalkan, Bantu Tangani Status Daging Diragui Halal

Buat peminat daging seantero dunia, kini korang tak perlu ragu-ragu lagi sebab Malakat Ekosistem telah membangunkan Halal Blockchain Network (HBN) yang pertama di dunia untuk mengesan sumber daging import bagi memudahkan dan memberi keyakinan kepada pengguna menangani isu bekalan daging diragui status halalnya di negara ini.

Melalui HBN, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR pada bungkusan produk dan sistem itu akan memaparkan semua butiran dari sumber ladang lembu, ke loji penyembelihan sebelum diproses menjadi produk yang dijual di pasaran tempatan.

Sumber : Malakat

Advertisement

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata inisiatif HBN itu bagi menyokong dan menambah baik sistem sedia ada yang dilaksanakan agensi kerajaan.

Malah, beliau berkata, pihaknya juga bersedia mengembangkan sistem itu dengan membabitkan pihak penguatkuasaan khususnya di bawah MAFI bagi memudahkan aspek tindakan diambil jika terdapat unsur penyeludupan dalam bekalan terbabit.

“Ia boleh menjadi nilai tambah kepada sistem sedia ada kita, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan HBN, di sini, hari ini.

Seperti yang kita tahu sebelum ini, kartel daging ini telah menjadi isu yang membawa kepada status daging yang diragui halalnya ke negara ini.

Kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Untuk pengetahuan korang, wang ringgit dan habuan berlibur ini dikatakan diguna bagi merasuah pegawai terbabit sebagai dorongan ‘melepaskan’ barangan diimport tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini. Macam-macam hal.

Sementara itu, pengasas HBN, Mohd Fadzil Hashim berkata, sistem itu satu inisiatif diwujudkan bagi menyelesaikan konflik daging tidak halal yang dipercayai sudah lebih 40 tahun membelenggu pengguna Islam di negara ini.

Beliau berkata, sistem ini penting kerana ia membabitkan aspek halal kepada lebih satu bilion Muslim dengan maklumat penting itu boleh disalurkan terus kepada pengguna.

“HBN adalah inisiatif untuk menjejak pembekalan produk halal bagi memberi maklumat itu kepada pengguna mengenai sumber bahan mentah dibekalkan kepada pengguna”

“HBN bukanlah menggantikan standard halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebaliknya ia mampu menjadi pelengkap yang memberi nilai tambah kepada produk sumber makanan menggunakanteknologi itu,” katanya.

Beliau berkata, sistem itu boleh digunakan mana-mana pihak di seluruh dunia dan sehingga kini, syarikat pengeksport antaranya dari Brazil menunjukkan minat untuk turut sama menggunakan HBN.

“Sistem ini selamat dan tidak boleh diubah, namun jika ia berlaku, pemberitahuan akan dimaklumkan dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, sistem ini digunakan untuk bekalan daging import dari India yang dijual di premis Malakat Mall akhir Ramadan ini

Bagaimanapun, katanya, sistem HBN juga akan diluaskan penggunaannya bagi mendapatkan maklumat bekalan daging import yang dijual pusat beli-belah lain.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...