Teknologi Canggih Telefon Pintar Terbaru Dengan Rekaan Tercantik 2019 Ini Bakal Gegarkan Satu Malaysia!!!

Hiburan

Teknologi Canggih Telefon Pintar Terbaru Dengan Rekaan Tercantik 2019 Ini Bakal Gegarkan Satu Malaysia!!!

Fuh. Terkebil-kebil mata Abang Nara membaca kehebatan dan kecanggihan teknologi yang digunakan di dalam sebuah telefon pintar yang bakal menerjah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Merupakan siri telefon pintar terbaru dari Oppo, Oppo Reno telah dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei lalu dan ia bakal menggegarkan satu Malaysia dengan penawaran spesifikasi yang tinggi pada harga yang amat berbaloi.

oppo reno

Advertisement

Ok jom Abang Nara kongsikan beberapa ciri-ciri dan fungsi-fungsi Oppo Reno yang pasti membuatkan anda gatal tangan nak beli terus hari ini jugak:-

Rekaan yang menawan & memukau

Oppo Reno hadir dengan rekaan yang sangat bergaya dan elegan. Telefon pintar terbaru Oppo ini didatangkan dengan 2 pilihan warna Ocean Green dan Jet Black yang pasti akan membuatkan anda jatuh cinta. . Kedua-duanya adalah warna gradient serba baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana telefon pintar.

Ocean Greenmenampilkan permukaan seperti kabus. Memberikan “feel” seperti ada cahaya yang sedang menyinari kabus tersebut. Teksturnya adalah licin dan matte. Anda akan rasa tenang setiap kali menatapnya.

Jet Blackmenampilkan permukaan yang berkilat dan menggunakan tekstur lapisan di mana 3 tekstur berbeza menindih sesama sendiri sekaligus menyerlahkan lagi warna 3D gradient tersebut. Memang memukau!!!

Kamera utama 48MP + Ultra Night Mode 2.0

Anda tak perlu risau kekurangan/kelebihan cahaya ketika mengambil gambar apabila menggunakan Oppo Reno. Penambahbaikan pengesan cahaya untuk gambar yang lebih jelas telah dioptimumkan di dalam telefon pintar ini. Gambar confirm cun melecun walau dalam apa jua keadaan cahaya. Untuk gambar yang lebih jelas dan terang pada waktu malam, anda boleh gunakan Ultra Night Mode 2.0 yang akan menyerlahkan setiap perincian walau di dalam keadaan cahaya minimum.

oppo reno

contoh gambar yang diambil menggunakan Ultra Night Mode 2.0 Oppo Reno

Selain itu, ada juga “dazzle mode” untuk membuatkan gambar tampak lebih segar dan natural. Untuk anda yang suka mengambil gambar wajah, “portrait mode” turut disediakan untuk mengoptimasikan warna, kesan cahaya dan nampak seperti jurugambar professional.

oppo reno

cantik kan gambar yang diambil menggunakan “dazzle mode” ini?

oppo reno

memang nampak macam jurugambar professional kan? Gunakan je “portrait mode” yang dah sediah ada dalam Oppo Reno

Kamera hadapan terangkat 16MP & 6.4 inci skrin panorama

kamera hadapan

Apa yang paling Abang Nara gemari tentang Oppo Reno ini ialah rekaan kamera hadapannya yang sangat unik Ia akan ‘muncul’ secara menyendeng dalam tempoh 0.08 saat apabila anda memilih untuk merakam gambar selfie. Jika tidak, ia akan tersorok, sekaligus menyerlahkan kehebatan paparan panorama skrin penuh 6.4 inci panorama Oppo Reno ini. Selain itu, kamera hadapan ini juga mempunyai fungsi AI yang membantu anda mengambil selfie sempurna, semulajadi dan jelas walaupun di dalam keadaan kurang cahaya. Untuk makluman, kamera selfie ini telah melepasi ujian jatuh sebanyak 200,000 kali. Kalau terjatuh pun, ia akan masuk ke dalam secara automatik untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Power kan?

oppo reno

Pengecasan laju dengan VOCC 3.0 & bateri sebesar 3765 mAh
oppo renoSelalu tengah main game atau tangkap tiba-tiba bateri habis? Nak kena tunggu sejam dua baru bateri telefon akan penuh? Dengan Oppo Reno, anda tak perlu menghadapi kesemua masalah ini. Didatangkan dengan bateri sebesar 3765 mAh, anda boleh melakukan pengecasan penuh dalam tempoh 30 minit sahaja dengan kehadiran fungsi VOCC 3.0. Memang puas hati!!!

Harga & hadiah best bila buat pre-order

Dengan pelbagai fungsi hebat dan ciri-ciri awesome, amat mengejutkan apabila harga Oppo Reno ditawarkan pada RM1,999 sahaja. Jika anda melakukan “pre-order” sekarang di http://bit.ly/2JaEd7E, hadiah-hadiah PERCUMA di bawah ini menanti anda:-

1. “Phone charging case” bernilai RM199
2. 1 tahun jaminan tambahan untuk Oppo Reno bernilai RM119
3. 1 tahun jaminan tambahan untuk perlindungan skrin Oppo Reno bernilai RM119

oppo reno

Memang terlebih berbaloi jika anda memiliki Oppo Reno ini, lebih-lebih lagi dengan Aidilfitri yang bakal tiba. Bolehlah bergaya dengan telefon pintar baharu di pagi 1 Syawal kelak. Maklumat lanjut layari Oppo Concept Store di https://www.oppo.com/my/shops/. Selamat bergaya di Hari Raya dengan Oppo Reno.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...