Teknik Solekan Terkini; Bulu Mata Palsu Yang Dikenakan Pada Lubang Hidung

Trending

Teknik Solekan Terkini;  Bulu Mata Palsu Yang Dikenakan Pada Lubang Hidung

Penggunaan maskara bagi melentikkan bulu mata adalah sangat leceh kerana memerlukan masa kadang kala hasilnya tidak lah selentik yang dikehendaki. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan dari kaum wanita akan mengenakan pelentik bulu mata (bulu mata palsu). Ianya mudah untuk dipakai dan ditanggalkan jika dibandingkan dengan maskara yang memerlukan masa yang panjang untuk dipakai dan dibersihkan.

Advertisement

Namun pernahkah anda terfikir apakah rupa jika bulu mata palsu ini dikenakan pada lubang hidung? Mungkin ramai daripada kita yang tidak pernah terlintas untuk mencuba kerja bodoh ini, akan tetapi tidak bagi seorang blogger solekan di England, Sophie Hannah Richardson.

Sophie yang kebiasaannya akan berkongsi video tutorial solekan untuk tatapan ramai telah keluar dengan satu video pendek baru yang bertajuk “NOSE HAIR EXTENSIONS” yang telah dimuatturnkan ke dalam akaun Instagramnya.

Setakat ini video ini telah dimainkan sebanyak lebih dari 400 ribu kali. Terdapat juga segelintir daripada pengikut akaun Instagram beliau yang telah meniru aksi beliau itu kerana beranggapan aksi Sophie itu sangat kreatif dan mencuit hati.

Setakat ini pengikut akaun Instagram beliau telah mencecah lebih daripada 350 ribu orang. Mungkin inilah salah satu cara bagi Sophie untuk melepaskan tekanan kerana kekurangan idea untuk memberi tutorial solekan baru kepada peminat-peminatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...