Teknik Kung Fu Terhebat Daripada Abang Nara

Hiburan

Teknik Kung Fu Terhebat Daripada Abang Nara

Abang Nara memang meminati filem seni mempertahankan diri. Antara filem paling menarik bagi Abang Nara ialah Ip Man 2. Babak ketika Ip Man berlawan dengan Sammo Hung sampai sekarang masih segar di dalam ingatan Abang Nara. Memang awesome!!

mimma

Advertisement

Selepas menonton filem Ip Man 2, semangat Abang Nara memang berkobar-kobar nak belajar seni mempertahankan diri. Niat di hati nak nampak macho di depan isteri tercinta. Mana tahu badan Abang Nara pun akan timbul 6 packs kalau menjalani latihan yang betul. Confirm isteri akan bertambah sayang.

mimma

Mana tahu bila dah betul-betul power nanti, bolehlah Abang Nara join All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA). Yang bestnya jumlah hadiah yang ditawarkan berjumlah RM150,000. Fuh ~~ Memang beruntunglah siapa masuk pertandingan ini.

mimma

Untuk tahun ini, memang tak sempat dah untuk Abang Nara join pertandingan ini. Namun Abang Nara nak pergi tengok aksi-aksi hebat yang bakal ditunjukkan oleh peserta-peserta. Grand final pertandingan ini bakal berlangsung pada 15 Jun 2013 dan ada caranya untuk mendapatkan tiket percuma untuk hari tersebut.

Caranya amat senang. Abang Nara Cuma perlu upload gambar Kung Fu Meme di blog ChurpChurp untuk berpeluang memenangi tiket ke grand final All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia. 5 gambar terbaik akan memenangi “gold ticket” dan 10 yang terbaik selepas itu akan memenangi “silver ticket”. Abang Nara dah upload dah pun gambar Kongfu Meme diri ini.
mimma

Tunggu apa lagi? Jomlah sertai Abang Nara untuk menonton kelincahan, kehebatan dan aksi seni mempertahankan diri yang pastinya akan membuatkan anda terkesima. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysianinvasion.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...