Written by AbangNara | June 8th, 2010

drama arjuna

Mula-mulanya kami memang sangat-sangat teruja nak tengok drama Arjuna di TV3 setiap hari Isnin. Maklumlah, dah lama tak ada cerita pendekar-pendekar nie. Paling last pun rasanya time petang-petang pukul 7.30 malam slot Spektra ke apa nama dia. Ala yang Rusdi Ramli berlakon tue.

Tambahan pulak drama Arjuna nie ada Nora Danish yang cute mute. Dan kami rasa teruja bila salah seorang pelakon drama nie cakap wajib tengok sebab CGI dia yang mantap. Memang makin bersemangatlah nak bagi support kat drama Melayu.

Tapi selepas 2 episod kami rasa macam membazir masa je sejam tengok drama nie. Jalan cerita tue kami tak kisah sangat. Tapi CGI dia tue macam suruh Sin Chan lukis je. Tak macam CGI pun. Takkan KRU Studio save bajet kot. Mentang-mentang la nie sekadar drama je. CGI pun takkan la wat ala kadar jer?

Dari segi lakonan untuk 2 episod pertama nie kami rasa Remy Ishak berlakon agak tak menjadi. Mungkin episod akan datang akan jadi lagi mantap kot. Apa-apa pun kami akan terus tonton drama Arjuna nie minggu depan. Nak tengok kot-kot ada peningkatan. Nora Danish pun keluar time episod 5 nanti. Penat la nak menunggu.

Apa pun tahniah kepada KRU Studio sebab cuba buat drama pendekar. Agak lama dah tak ada drama Melayu macam nie.
vshubcontest

P.S: Klik sini untuk menang semua benda di atas PERCUMA

Comments are closed.