“Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima” – Ibu Zulfarhan Anggap Pembuli Memang Patut Dihukum Mati

Kehidupan

“Tekap Seterika Di Kemaluan, Tu Saya Tak Boleh Terima” – Ibu Zulfarhan Anggap Pembuli Memang Patut Dihukum Mati

Baru-baru ini, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan keenam-enam pembuli yang menjadi punca kematian anak lelakinya itu.

Melalui sesi temubual bersama pihak Mingguan Wanita, Hawa berkata pelaku-pelaku itu sememangnya perlu dihukum gantung sampai mati kerana perbuatan yang dilakukan terlalu kejam dan melampaui batas.

Advertisement

Beri kesan kepada anak-anak lain

Dalam pada masa yang sama, wanita itu memaklumkan kematian Zulfarhan turut memberi impak kepada anak-anaknya yang lain.

Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang.

@mingguanwanita “Tekap seterika di kemaluan anak, itu saya tak boleh terima. Tempat lain walau kejam tapi oklah. Tapi situ nyawa. “Arwah seorang pembersih, balik rumah potong rambut bagai tapi masa saya tengok jenazah Allah, Ya Allah kusut masai. Hidup saya akan tenteram bila enam pelaku ini ke tali gantung. Ikuti temubual penuh bersama ibu bapa arwah Zulfarhan di YouTube Mingguan Wanita hari ini. #zulfarhan #temansetiapwanita #mingguanwanita #upnm ♬ original sound – MingguanWanita

Hawa juga tidak dapat menerima perbuatan kejam mereka yang sanggup menekap seterika panas di kemaluan anak lelakinya.

Tak boleh terima kemaluan arwah diseterika

Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang.

Bahkan, Hawa juga berasa sedih ketika melihat jenazah arwah yang mengalami kecederaan terlalu teruk.

Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening. Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna.

Ibu Zulfarhan harap bomoh terima balasan
4 months ago

"Saya Berdoa Dia Terima Balasan" - Ibu Zulfarhan Harap Bomoh Terlibat Sempat Bertaubat, Datang Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...