Seorang pengusaha kedai bakeri ‘cheesetart viral’ baru-baru ini telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara memberikan komen berbaur perkauman hanya kerana makanannya tidak kena dengan ‘tekak’ seorang pengkritik makanan popular di TikTok iaitu Jason.
Dalam video tersebut, pemilik kedai bakeri itu berkata dia tidak mengenali siapakah Jason dan gara-gara reviu 3.5 yang diberikan Jason terhadap kedainya itu telah membuatkan dia kehilangan pelanggan.
Namun, apa yang membuatkan netizen tidak puas hati adalah apabila pemilik kedai tersebut mengatakan pelanggan yang sering makan ‘lembu pendek’ ataupun babi tidak boleh dipaksa untuk makan nasi lemak memandangkan Jason merupakan seorang cina.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengecam tindakan pengusaha bakeri itu yang seolah-olah tidak dapat menerima kritikan terhadap makanan yang diusahakannya itu.
Org kritik makanan kau, kau patut bersyukur. Kau diberi ruang and peluang utk betulkan apa2 yg boleh and patut betulkan. Ni org kritik then kau boleh cakap " takkan aku nak paksa org yg suka makan lembu pendek utk makan nasik lemak ".
Nie perangai melayu ah gini. Ghacist eh? pic.twitter.com/VeQtAURDck
— ChepBoi™ (@HarithHmzh) September 3, 2023
Sengal betul kalau peniaga muslim jenis menggelabah tak boleh terima orang review cheese tart dia tak sedap terus nak sentuh sentimen kaum.
Kurang ajar, dari rasa nak beli terus nak boikot terus.
Sekadar info, Jason juga pernah dikritik dan dihentam gara-gara ulasan makanan piza pensohor media sosial dan juga usahawan Jofliam tidak dapat diterima sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial, tempoh hari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.