Suntory adalah merupakan salah satu sebuah syarikat pengeluar minuman yang terbesar di Jepun walaupun namanya tidak lah dikenali ramai bagi kita yang tinggal di Malaysia. Line up produk minuman keluaran syarikat adalah terdiri dari pelbagai jenis seperti arak, minuman berkarbonat dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini Suntory telah menggemparkan ramai pihak dari dalam mahupun luar negara Jepun kerana telah memperkenalkan sebuah produk baru yang lain dari yang lain. Produk yang diberi nama PREMIUM MORNING TEA MILK adalah sangat berbeza dari produk teh yang dikeluarkan syarikat lain kerana tehnya adalah LUTSINAR. Ya…betul, lutsinar….
Daun teh assam telah digunakan di dalam proses untuk menghasilkan teh tersebut. Sejenis bahan “rahsia” yang diperolehi dari susu juga merupakan salah satu kandungan produk ini. Dilaporkan meskipun warnanya yang lutsinar, rasa tehnya adalah sangat menyegarkan dan sesuai diminum ketika sarapan pagi.
Produk ini telah mula berada di pasaran Jepun pada 26 September yang lalu dan dijual dengan harga 131 Yen (RM 4.80) sebotol. Jualan teh lutsinar ini telah mendapat banyak perhatian dari pengguna kerana kebanyakan dari mereka yang was-was akan rasa teh tersebut.
Sebenarnya produk minuman lutsinar seperti teh ini adalah bukan kali pertama yang dikeluarkan mereka. Sebelum ini Suntory juga ada mengeluarkan minuman yogurt lutsinar yang mana banyak mendapat sambutan ramai kerana keunikannya. Mungkin selepas ini setiap produk minuman keluaran mereka akan berupa lutsinar dan tiada lagi minuman yang bewarna. Siapa yang tahukan……
Di bawah ini pula adalah satu video yang dikongsi oleh pihak Suntory bagaimana untuk menghasilkan haruman bagi teh lutsinar keluaran mereka itu.