Teh Keju; Trend Baru Teh Yang Mula Menular Di Luar Negara

Trending

Teh Keju; Trend Baru Teh Yang Mula Menular Di Luar Negara

Bagi kita yang tinggal di Malaysia, tidak dapat dinafikan teh adalah merupakan minuman yang paling banyak di”order” ketika mengunjungi restoran-restoran. Ini kerana terdapat banyak menu air teh yang dapat dinikmati seperti teh tarik, teh-o, teh-o limau dan sebagainya.

Advertisement

Kebelakangan ini, teh keju mula menjadi trend baru bagi mereka yang tinggal di luar Negara. Menurut sebuah pihak media di Australia, teh keju ini mula diperkenalkan di Taiwan, dan mula mendapat perhatian dari pelbagai negara sehingga terdapat kedai khusus menjual teh keju. Dikatakan penjualan teh keju ini telah mula memasuki pasaran di China, Amerika dan England.

A post shared by john warder (@biscuitpancakes) on

Keju yang digunakan bukan leh keju jenis keras yang slalu digunakan ketika menghasilkan pizza seperti parmesan mahupun mozzarella. Krim keju yang yang yang mempunyai rase manis dan masin tersendiri dijadikan topping di atas teh berperisa (flavoured tea) ataupun teh susu tapioca. Bagi mereka yang pertama kali menikmati teh ini akan berasa terkejut kerana kombinasi keju dan teh ini sangat sedap dan di luar jangkaan mereka.

A post shared by SBS Food (@sbsfood) on

Bagi pengusaha-pengusaha kafe mahupun restoran di Malaysia, berita ini merupakan berita menarik bagi anda kerana mungkin dengan menghidangkan menu ini, mungkin anda dapat menarik ramai lagi pelanggan untuk mengunjungi kedai anda. Bagi mereka yang gemar akan kopi pula, ini juga merupakan peluang terbaik bagi anda untuk menukar “angin” dengan menikmati teh baru yang sedang popular di luar Negara ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...