Written by AbangNara | November 13th, 2013

Ramai rupanya yang mempertikaikan teguran Datuk Siti Nurhaliza terhadap Khairy Jamaluddin di dalam artikel sebelum ini. Antara pendapat yang popular ialah Datuk Siti harus menumpukan perhatian dalam bidang hiburan dan tidak melibatkan diri dalam bidang bola sepak. Ada yang lebih ekstrem membuat sindiran “baru pergi stadium sekali dah pandai cakap pasal bola” kepada Datuk Siti.

siti nurhaliza khairy jamaluddin

Namun hari ini menerusi Harian Metro, Datuk Siti Nurhaliza membuat penjelasan bahawa tegurannya terhadap Khairy adalah penggunaan bahasa yang dianggapnya tidak sesuai dan tiada kaitan langsung dengan bola sepak. Kata Siti:-

Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. Perkataan “budak suruhan” daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis.

Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa.

siti

Jadi dengan penjelasan ini, diharap semua orang jelas dengan teguran yang disampaikan oleh Siti. Mungkin ada benar kata-kata Siti namun kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di belakang tabir FAM sehingga Khairy sanggup menggunakan perkataan tersebut. Harap-harap janganlah Khairy dan Siti bermusuhan kerana ini. Apa kata anda?

P.S: Proton Perdana berdasarkan Honda Accord

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

288 responses to Teguran Saya Tiada Kaitan Dengan Bola Sepak – Siti Nurhaliza

  1. N says:

    orang2 yg komen kat sini semua NEGATIVE..bosan

  2. MisTaTarzan says:

    salam.. haa elok.. blah sini maki yang sini balah sana maki yang sana.. smpai sudah tak settle..dua2 salah..menda boleh bincang… hais fenink fenink..

  3. ansss says:

    KJ pun tak takkan bermusuhan ngan org…byk lg kerja dia dr melayan benda2 ni…itulah org educated namanya…

    sapa kata org melayu tak maju2 rasanya org yg ckp tu je tak maju2 sendiri hidup tak maju2 nk tegur org…pelik….
    apa pun hidup KJ…hidup sukan untuk negara…abaikan apa yg tak perlu yg tak mendatangkan hasil….terus maju…

  4. sal says:

    FAM kan diterajui oleh kerabat pahangg , siti dapat datuk pun dari pahangg,kena tempelak dgn kj pun dr [email protected] ke siti jel

  5. fikhwan says:

    Kenapa semua kat cni suka menghentam orang jer. sy msuk blog beautiful nara smua suka menghentam ja… xbesh