Kenapa Teguran “Pedas” Lelaki Ini Buat Semua Kaki Bisnes Tak Senang Duduk ?

Trending

Kenapa Teguran “Pedas” Lelaki Ini Buat Semua Kaki Bisnes Tak Senang Duduk ?

Siapa tidak kenal dengan Pengasas Produk Makanan Tambahan Kanak-Kanak,Caliph iaitu Rafie Ramli. Beliau merupakan seorang yang lantang bersuara mengenai ‘salah laku ‘ bisnes yang sering dilakukan oleh para peniaga di luar sana.

Advertisement

Bukan bermaksud dia seorang yang maksum, tetapi teguran yang diberikan oleh beliau banyak membuka mata masyarakat hari ini bahawa bisnes bukan berpaksikan duit semata-mata, namun redha Ilahi itu penting bagi menjamin keberkatan rezeki.

Dipetik dari facebook personal tuan Rafie Ramlie:

Maaf jika ada yg terasa, saya nak tegur secara direct tp takut. Jadi sy buat karangan secara terbuka. Semoga ramai yang lebih terbuka minda. Harus baca.

“wah ramai nya ckp produk ni bagus dekat iklan dia, mesti produk ni berkesan.”

“dah banyak orang bagi feedback dan komen PM dan berminat dekat iklan produk ni, mesti produk ni bagus dan dah lama dipasaran.”

Nah, ini antara monolog dalaman yg akan terjadi didalam hati atau fikiran seseorang bila dia melihat sesuatu iklan produk.

Bila seseorang tu mula minat dengan sesuatu produk, dia akan mula membaca maklumbalas di ruang comment untuk dapatkan keyakinan yg lebih.

Tetapi apa yang terjadi zaman ini ialah sesuatu yg sangat tidak beretika!

“ok HQ akan buat posting berkenaan produk XXXX ni kemudian semua stokis dan pengedar masuk dan komen feedback dan ckp PM PM supaya orang lain yg baca nampak produk ni mcm permintaan tinggi. Ok guys, ini strategi kita utk meroket, nanti lagi senang kita nak dapatkan agen.”

Ini bukan rekaan, saya ada jalankan sedikit aktiviti stalking ke atas beberapa jenama(not to mention). Bila sy klik kepada orang yg komen “PM Sis sy berminat, ramai ckp bagus ” rupa rupanya dia stokis produk tersebut.

Dan 80% comment ialah dari stokis dan pengedar.

Strategi ini mmg wujud.

Ia termasuk dlm kategori Hype Marketing which is so not syariah compliance. Boleh diamalkan, Tetapi utk org yg tidak beretika dan tidak beriman.

Customer membeli tetapi sebenarnya mereka tertipu.

Jadi hukum menipu didalam jualan ialah? Dan ini bukan perkara baru.

Tak mengapa kalau kita ada buat mcm ni sekarang. Belum terlambat utk berubah. Mungkin kita tak tahu, dan tak ada org tegur.

Kita ubah dan yakin kerana Allah.

Banyak lagi cara yang lebih barakah, carilah jgn malas, kan kita cakap kita nak berniaga kerana Allah?

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian beliau memberi komen yang sangat mengejutkan antaranya:

Moga Allah memelihara dan menetapkan jiwa serta niat kita di jalan yang benar supaya setiap amalan dan perlakuan yang kita buat diterima disisi-Nya. InsyaAllah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...