January 18th, 2019

Sudah menjadi lumrah hidup dimana setiap manusia itu akan melakukan kesilapan dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Kontroversi yang melanda Haneesya Hanee yang hanya dapat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 kurang dari 72 sebelum gelarannya itu ditarik balik tidak dinafikan mengejutkan ramai.

Turut terpalit dalam isu ini ialah ibunya, macam-macam kritikan yang dilemparkan termasuklah tidak pandai mendidik anaknya.

Ibu Hanee iaitu Nor Sakuraneeda menerusi akaun Facebook tampil memohon maaf dengan insiden yang berlaku. Katanya, sebagai ibu beliau tidak memberikan didikan yang terbaik kepada anak dan mengakui terlalu mendesak Haneesya untuk menjadi seorang yang sempurna sehingga anaknya itu tertekan.

Terdahulu, Hanee menerusi sidang media ketika beliau menyerahkan kembali mahkota Dewi Remaja 2018/2019 berkata, beliau tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan meminta orang ramai memberikannya peluang kedua untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita : Nor Sakuraneeda

Kredit Foto : Remaja


79 responses to “Teguran Keras Ini Kerana Allah SWT Tidak Mahu Dia Leka Jadi Syaitan – Ibu Haneesya Hanee Mohon Maaf”

  1. Anonymous says:

    Aku respect mak haneesya. Protecting her daughter but at the same time pointing out what haneesya’s fault. Ganyang haneesya when she made the silly mistake. Cant imagine betapa pressurenya mak dia hadap kutukan orang hasil kesilapan anak.

    be strong mak haneesya. tapi ingat, jangan keluar statement lelebih. nanti karang dari sokong takut kena kecam pulak

  2. momtomydoter says:

    aku tak suka komen yg melampau takut kena kat diri sendiri..sbb aku ader anak perempuan yg perlu aku jaga.. yg suka komen lebih2 tu beringat lah.. Allah pun ampunkan dosa sejijik2 umatnya.. kitani siapa nk hukum seseorg tu.. tipulah kalo yg komen buruk2 tu xpernah buat slh.. kita ni bukan maksom sgt.. kita kena ingat tu..peace no war..

  3. Kepalabana says:

    SENANG2 KUBURKAN SEKALI PROGRAM PENCARIAN DEWI REMAJA..MCM TU NK JADI IDOLA..SMUA MAINAN YAHUDI.BANGGA SGT ANK DARA JADI TATATPAN 1 MALAYSIA..KAN DAH XPASAL2 DPT AIB 1 MALAYSIA YANG TAHU.SUDAH2LA MERAPU RABAN DGN PROGRAM MACAM NI…

Loading...